nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengeluaran khas KWSP sebabkan kadar dividen lebih rendah

14 MAC: Keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini mengakibatkan kadar dividen bagi tahun 2021 bagi simpanan konvensional yang diumumkan baru-baru ini lebih rendah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata tanpa pengeluaran tersebut kadar dividen bagi simpanan konvensional boleh mencecah sehingga 6.7 peratus berbanding hanya 6.1 peratus.

“Ini bermakna RM5.4 bilion dari segi deviden tambahan boleh diagihkan kepada semua ahli KWSP.

“Ia menyebabkan 5.3 juta ahli yang tidak pernah mengeluarkan wang mereka sebelum ini dalam mana-mana skim pengeluaran telah menerima pulangan lebih rendah ke atas simpanan mereka,” katanya menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

KWSP baru-baru ini mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2021 iaitu 6.1 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan shariah.

Sebelum ini 7.5 juta ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran khas menerusi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101 bilion.

Ia adalah sebagai langkah bersifat sementara membantu ahli yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas berkenaan, namun inisiatif itu telah mengakibatkan kekurangan simpanan persaraan yang ketara.

Menurut Tengku Zafrul, seramai 6.1 juta pencarum kini mempunyai baki kurang dari RM10,000 dalam simpanan KWSP mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika dibenarkan pengeluaran selanjutnya sebanyak RM10,000 secara one-off, bilangan ahli yang layak adalah seramai 6.3 juta.

Keadaan itu, ujarnya berkemungkinan melibatkan pengeluaran tambahan sebanyak RM63 bilion.

“Jika dibenarkan juga, KWSP perlu membuat pengimbangan portfolia dan impaknya mungkin lebih daripada nilai pengeluaran tersebut.

“KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ketika krisis Russia-Ukraine dan menghentikan pelaburan dalam negara dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

“Langkah ini akan terus memberi impak negetif kepada pasaran saham dan bon tempatan. Antara kesan buruk termasuklah kadar faedah sekuriti kerajaan Malaysia yang telah meningkat dalam kadar 100 mata asas berbanding suku ketiga 2020,” katanya.

Menurutnya lagi, ia juga akan menyebabkan kos pinjaman kerajaan pada masa hadapan meningkat dengan ketara serta kerugian portfolia bagi peserta-peserta pasaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.