nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Hutang isi rumah naik 93.2% pada akhir 2020

21 MAC: Nisbah hutang isu rumah di negara ini meningkat kepada 93.2 peratus pada akhir tahun 2020 ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah bagaimanapun berkata pada akhir Disember 2021 nisbah hutang isi rumah turun kepada 89 peratus.

“Nisbah ini masih lagi tinggi berbanding sebelum pandemik disebabkan purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal pada tahun 2020-2021 menurun mendadak berbanding bagi tempoh 2017-2019.

“Pada tahun 2017 peratusan hutang isu rumah ialah 82.6 peratus, 2018 (82 peratus) dan 2019 (82.7 peratus).

“Selepas pandemik pada akhir tahun 2020 hutang isu rumah meningkat kepada meningkat 93.2 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO-Pontian) berkaitan hutang isi rumah rakyat Malaysia pada sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Shahar berkata kerajaan mempunyai kaedah untuk mengawal hutang isu rumah seperti menyediakan satu garisan panduan pembiayaan tanggungjawab sejak tahun 2012.

Katanya, ia bagi memastikan individu meminjam mengikut kemampuan dan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan sekali gus menggelakkan beban hutang yang berlebihan.

Selain itu, katanya, kerajaan turut menggalakkan isi rumah yag mempunyai masalah dengan pengurusan kewangan atau hutang untuk mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP).

“Kementerian Kewangan melalui Bank Negara juga melakukan program tahap celik kewangan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menguruskan kewangan mereka,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan asal, Mohd Shahar berkata hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Disember 2021 mencatat RM979.8 bilion atau 63.4 peratus daripada KDNK.

Tambahnya, nisbah hutang statutori Kerajaan Persekutuan yang merangkumi instrumen MGS, MGII dan MITB mencatatkan 59.7 peratus daripada KDNK, namun masih di bawah had 65 peratus KDNK yang ditetapkan dalam Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021.

“Pada masa ini, Kerajaan mengguna pakai Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal jangka sederhana (3 hingga 5 tahun) yang selari dengan pelan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Di samping itu, penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus,
ketelusan, pengurusan kewangan awam dan disiplin fiskal. Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan melaksanakan Semakan Semula Perbelanjaan Awam (PER) bagi
menambah baik asas hasil dan memastikan kecekapan perbelanjaan Kerajaan.

“Pelaksanaan langkah-langkah tersebut dijangka mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan demi memastikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan Kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.