nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TH sambut baik pengumuman Arab Saudi tarik sekatan COVID-19

23 MAC : Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan COVID-19 termasuk perjalanan, penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib bagi kemasukan ke negara itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata TH yakin Kerajaan Arab Saudi telah meneliti pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan penduduk serta jemaah umrah dan haji terjamin.

“Keputusan yang dibuat ini adalah susulan situasi COVID-19 yang bertambah baik di negara tersebut. Bagaimanapun, rakyat dan pelancong luar masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasmi pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata (PCR), sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.