nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BNM lancar MYOR-i rangsang pasaran kewangan Islam

25 MAC : Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) yang akan merangsangkan pembangunan inovasi produk kewangan patuh syariah seterusnya memperkukuh pasaran kewangan Islam Malaysia.

BNM menjelaskan MYOR-i juga akan mengukuhkan ekosistem patuh syariah yang holistik serta meningkatkan amalan dan piawaian pasaran yang terbaik.

Menurut bank pusat, MYOR-i akan menggantikan Kadar Rujukan Islam Kuala Lumpur (KLIRR), yang akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“MYOR-i adalah kadar penanda aras Islam berasaskan transaksi yang pertama di dunia dan dibangunkan mengikut Prinsip untuk Penanda Aras Kewangan.

“Ia akan menjadi pemangkin dalam memacu inovasi produk kewangan Islam dan mewujudkan ketelusan bagi peserta pasaran untuk berunding dan menyeragamkan kontrak kewangan mereka, seterusnya mencapai penetapan harga yang cekap merentas semua instrumen kewangan,” menurut BNM dalam kenyataan pada Jumaat.

Bank pusat menambah justeru, hal ini akan membantu memperkukuh pasaran kewangan Islam dalam negara dan meningkatkan peranannya untuk membiayai kegiatan ekonomi benar di Malaysia.

BNM menjelaskan, MYOR-i ditadbir dan dikira oleh pihaknya.

“MYOR-i adalah kadar pulangan purata berwajaran jumlah bagi urus niaga ringgit semalaman patuh syariah antara bank tanpa cagaran, termasuk operasi monetari semalaman Islam BNM,” menurutnya.

Instrumen patuh syariah yang baharu boleh dimasukkan pada masa hadapan memandangkan MYOR-i pada masa ini adalah berasaskan instrumen Murabahah Komoditi, jelas bank pusat.

Menurut BNM, MYOR-i untuk mana-mana hari bekerja di Kuala Lumpur akan diterbitkan pada pukul 12 tengah hari pada hari bekerja berikutnya melalui laman sesawang BNM.

“BNM akan melakukan penilaian berkala terhadap MYOR-i bagi memastikan MYOR-i terus mantap dan mewakili keadaan dalam pasaran asas,” jelasnya.

BNM telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) serta Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Pasaran Islam (IMTDC) Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia-Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (AIBIM-FMAM) dalam usaha membangunkan MYOR-i.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) BNM juga telah mengesahkan status patuh syariah MYOR-i.

Orang ramai boleh menghubungi pasukan Tinjauan Penanda Aras Kewangan BNM melalui . untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.