nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

China kutuk kapal perang AS belayar di Selat Taiwan

27 APR: Pihak tentera China mengutuk tindakan kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang belayar di Selat Taiwan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keamanan.

Tentera laut AS berkata, kapal pemusnah peluru berpandu USS Sampson yang melakukan rutin pelayaran bulanan di selat Taiwan semalam, mengikut undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun, mengundang kemarahan China yang menganggap ia sebagai tanda sokongan kepada Taiwan.

Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat, berkata pasukannya memantau dan memberi amaran kepada kapal berkenaan.

“Kekerapan AS melakukan tindakan provokasi itu dilihat memberi isyarat yang salah kepada pasukan “pembebasan Taiwan” dan sengaja menjejaskan keamanan dan kestabilan selat Taiwan.

“Kami membantah tindakan itu sekeras-kerasnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, kapal AS yang berlayar ke utara melalui terusan itu adalah perkara normal.

Jurucakap Armada ketujuh AS, Nicholas Lingo dalam kenyataannya, berkata tentera AS terbang, belayar dan beroperasi di mana saja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

“Kapal kami melakukan transit melalui selat Taiwan bagi menunjukkan komitmen AS kepada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” katanya.

AS seperti kebanyakan negara, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan, namun adalah penyokong antarabangsa paling penting dan pembekal senjata, menjadikan ia sumber ketegangan antara Beijing dan Washington. – REUTERS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.