nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelonggaran baharu SOP masjid, surau di Wilayah Persekutuan

1 MEI : Beberapa standard operasi prosedur (SOP) di masjid dan surau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, akan diberi kelonggaran baharu berkuat kuasa esok.

Kelonggaran baharu SOP itu merangkumi pemansuhan penggunaan sejadah sendiri, kemasukan tanpa mengira status vaksin dan kebenaran bersalaman antara jemaah.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail menerusi satu kenyataan, kelonggaran SOP itu adalah susulan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan (SOP) seperti diumumkan kerajaan.

“Antara kelonggaran yang akan berkuat kuasa esok ialah pemansuhan daftar masuk ke masjid dan surau dengan mengimbas kod MySejahtera.

“Penggunaan sejadah sendiri dimansuhkan. Penjarakan fizikal antara jemaah dimansuhkan dalam semua keadaan di masjid dan surau.

“Kemasukan ke masjid dan surau dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali jemaah yang berstatus ‘berisiko tinggi’ atau di bawah Perintah Pengawasan di Rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan tersebut.

Manakala pemakaian pelitup muka pula menurut beliau diwajibkan di dalam masjid dan surau yang tertutup.

“Dan pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di kawasan terbuka, di luar masjid dan surau,” ujarnya.

Mohd Ajib menjelaskan kelonggaran lain ialah kebenaran mengadakan jamuan di masjid dan surau dengan apa-apa cara penyediaan makanan, selain jemaah boleh bersalaman.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan jemaah untuk tidak menyentuh muka selepas bersalaman dan perlu sentiasa mencuci tangan.

“Aktiviti ziarah dan takbir raya dari rumah ke rumah anjuran masjid dan surau dibenarkan.

“Semoga dengan kelonggaran SOP ini, lebih ramai umat Islam dapat hadir mengimarahkan masjid dan surau di kariah masing-masing serta mengekalkan momentum ibadah Ramadan menjelang Syawal yang bakal tiba,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.