nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup tinggi tiga hari berturut-turut

18 MEI : Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan ketiga berturut-turut pada Rabu berikutan tumpuan berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih termasuk perkhidmatan kewangan, pengguna, dan saham minyak dan gas.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.31 mata atau 0.40 peratus kepada 1,554.91 berbanding 1,548.60 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi 5.55 mata kepada 1,554.15, bergerak antara 1,547.47 dan 1,558.89 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran bercampur-campur dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 464 berbanding 460, manakala 437 kaunter tidak berubah, 894 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.74 bilion unit bernilai RM2.25 bilion daripada 5.51 bilion unit bernilai RM2.79 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata di peringkat serantau, indeks utama ditutup tinggi, didorong tindakan China untuk melonggarkan sekatan pergerakan COVID-19 selama berminggu-minggu dan membuka semula perniagaan secara beransur-ansur, serta data jualan runcit yang positif dari Amerika Syarikat (AS).

Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.01 peratus kepada 3,234.08, Nikkei Jepun menokok 0.94 peratus kepada 26,911.20, Hang Seng Hong Kong naik 0.20 peratus kepada 20,644.28 dan Kospi Korea Selatan meningkat 0.21 peratus kepada 2,625.98.

“Di peringkat domestik, kami menjangka pasaran tempatan akan terus meraih aliran peningkatan susulan sentimen pasaran yang lebih baik, manakala penilaian ekuiti Malaysia masih lebih murah berbanding pasaran serantau, sekali gus, menawarkan potensi kenaikan lebih baik kepada pelabur asing.

“Bagaimanapun, pelabur perlu kekal berhati-hati terhadap ketidakstabilan dan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Thong berkata, FBM KLCI dijangka didagangkan dalam julat 1,545-1,565 untuk tempoh masih berbaki pada minggu ini.

Secara teknikal, paras rintangan serta merta adalah pada 1, 570, manakala sokongan pada 1,540, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM8.99, Public Bank naik lapan sen kepada RM4.61, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.46, CIMB meningkat satu sen kepada RM5.07, manakala Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM9.98.

Bgai saham aktif, Sapura Energy tidak berubah pada 7.5 sen, Techna-X susut tiga sen kepada lima sen, Serba Dinamik merosot setengah sen kepada 16 sen, dan Yong Tai jatuh 1.5 sen kepada 8.5 sen, manakala SMTrack mengukuh dua sen kepada sembilan sen.

Antara kaunter untung utama, Nestle menambah RM1.60 kepada RM134.40, Hong Leong Bank naik 46 sen kepada RM21.20, PPB menokok 38 sen kepada RM16.92, Malaysia Airports meningkat 36 sen kepada RM6.56 dan Texchem naik 25 sen kepada RM3.40.

Di papan indeks, FBM ACE susut 40.87 mata kepada 5,322.37, Indeks FBM Emas Syariah turun 6.39 mata kepada 11,542.88, manakala Indeks FBM Emas meningkat 40.20 mata kepada 11,100.61, Indeks FBMT 100 mengukuh 42.63 mata kepada 10,767.71, dan FBM 70 menambah 47.78 mata kepada 13,186.63.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 37.43 mata kepada 8,222.76 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 1.44 mata kepada 198.98, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 132.42 mata kepada 16,666.91.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menguncup kepada 2.79 bilion saham bernilai RM2.06 bilion daripada 4.72 bilion saham bernilai RM2.59 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 300.87 juta unit bernilai RM55.87 juta berbanding 271.92 juta unit bernilai RM55.55 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 642.73 juta unit bernilai RM138.67 juta daripada 514.40 juta unit bernilai RM144.57 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 256.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (351.30 juta), pembinaan (81.51 juta), teknologi (245.30 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (72.21 juta), hartanah (272.68 juta), perladangan (39.81 juta), REIT (9.36 juta), dana tertutup (43,500), tenaga (1.34 bilion), penjagaan kesihatan (46.30 juta), telekomunikasi dan media (38.48 juta), pengangkutan dan logistik (23.95 juta) dan utiliti (17.91 juta).- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.