nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB laksana inisiatif perkukuh gedung makanan utama

27 MEI : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui FELCRA Berhad telah melaksanakan inisiatif untuk memperkembang dan mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan pertanian. 

Ia sebahagian inisiatif bagi merealisasikan aspirasi Perdana Menteri untuk memperkukuh keselamatan makanan negara di semua peringkat rantaian makanan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara inisiatif FELCRA termasuk melaksanakan aktiviti penanaman benih padi wangi tempatan (MRQ 76) dengan kapasiti pengeluaran 300 tan metrik setahun.

“Bukan itu sahaja, melalui anak syarikatnya, FELCRA Processing Engineering Sdn. Bhd. telah menjalankan penambahbaikan operasi kilang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Santan Sawit Jenama Suri.

“Sebelum ini hanya berkapasiti 30 tan metrik sebulan ke 60 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA di ibu negara hari ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid sedang beramah mesra dengan tetamu yang hadir di Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Jelas Mahdzir, FELCRA turut akan melaksanakan penanaman pelbagai variati padi di Estet Padi Felcra Seberang Perak dengan seluas 3,263.82 hektar. 

Bagi sektor penternakan pula, FELCRA katanya telah melaksanakan projek ternakan lembu integrasi serta kilang pemprosesan makanan ternakan.

“Projek-projek ini telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 2022.Ini ditambah dengan melaksanakan projek ternakan ayam yang menelan belanja lebih RM59 juta”, jelas Mahdzir.

Pada majlis tersebut Mahdzir turut menyantuni warga Peserta FELCRA dengan penyampaian         Replika Cek Sumbangan kepada institusi kebajikan.

Antaranya, Masjid Abu Ubaidah  Al Jarrah, Surau Jumaat Muhajirin Desa Rejang, Rumah Bakti Al Kausar, Rumah Perlindungan AL-Haq dan Madrasatul Faridiyah Setapak Jaya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Perlindungan Alhaq, Keramat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.