nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

6 parti sekutu BN berikrar setia, beri sokongan penuh

1 JUN: Enam parti sekutu Barisan Nasional (BN) hari ini berikrar menyatakan sokongan penuh kepada gabungan berkenaan.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran, berkata parti berkenaan akan memberikan sepenuh komitmen, menghormati dan menjunjung tinggi keputusan BN dalam menentukan hala tuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kami akan memastikan usaha untuk memenangi semula hati rakyat untuk mengundi BN dapat dilakukan secara berkesan demi menjamin kestabilan, kejayaan, kemajuan dan kemakmuran negara.

“Kami akan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada BN dan memperkasa gerak kerja parti demi kemenangan pada PRU-15,” katanya ketika membacakan ikrar berkenaan.

Suasana Konvensyen BN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ikrar itu dinyatakan pada Konvensyen BN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Enam pimpinan itu ialah Parti Makkal Sakti Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Barisan Progresif India Se-Malaysia (IPF), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Punjabi Malaysia.

Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, turut menyatakan komitmen parti itu yang akan bekerja lebih gigih dan menyumbang sepenuh tenaga, idea dan masa bagi memastikan BN pada PRU-15.

“Kami akan berganding bahu, bersatu hati memikul amanah dan tanggungjawab serta memastikan kesepaduan jentera di setiap peringkat dapat diperkemas dan diperkasa untuk menawan semula Putrajaya.

“Kami akan mengenepikan setiap perbezaan dan meningkatkan solidariti antara parti dalam BN bagi membentuk kesatuan yang utuh demi menumbangkan lawan,” katanya.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, pula berkata parti komponen dalam BN harus bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan bersedia berganding bahu di belakang kepemimpinan untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Katanya, kenyataan-kenyataan daripada pimpinan Pusat dan negeri tidak boleh sama sekali menampakkan percanggahan, yang akan disalah anggap atau diterjemahkan oleh umum sebagai keretakan dalam kepemimpinan.

“Percanggahan dan masalah dalaman akan mengagalkan naratif kita yang mementingkan kestabilan. Dalam mendepani cabaran PRU-15, saya menyarankan agar kita ingat kembali kepada janji-janji kestabilan yang menjadi aku janji kepada rakyat di PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor.

“Harus diingatkan, kemenangan BN di Melaka dan Johor adalah kerana keinginan rakyat untuk kestabilan dalam pentadbiran negeri, bukannya kerana rakyat mengundi berasaskan nostalgia jasa-jasa lampau,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.