nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak perlu mesyuarat khas Parlimen untuk bentang RUU anti lompat parti

9 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang serta membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang memaklumkan perkara terbabit berkata, ia berdasarkan hasil pertimbangan terhadap beberapa faktor ketika sesi perbincangan bersama Perdana Menteri, antaranya penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan mesyuarat berkenaan.

Ujarnya, penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi kedua-dua Dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), dijangka boleh digunakan untuk perkara lain seperti membantu kelangsungan rakyat.

“Secara keseluruhan, jumlah kos perlu ditanggung kerajaan adalah kira-kira RM1,077,600, tidak termasuk kos operasi, jika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan.

“Ramai Ahli Parlimen menyertai lawatan ke luar negara hingga pertengahan Julai depan bagi mengikuti program anjuran Parlimen Malaysia yang tidak boleh ditangguhkan kerana ia membabitkan lain-lain pihak berkepentingan,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sebagai contoh, katanya, dua Jawatankuasa Pilihan Khas akan ke luar negara pada awal bulan depan, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan.

Justeru, beliau berkata, RUU terbabit akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mulai 18 Julai depan sebagaimana termaktub dalam takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan serta pewartaannya.

“Pembentangan RUU itu mengikut takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan datang ini, akan memberi masa mencukupi untuk ia diteliti oleh Ahli Parlimen sebelum dibahaskan.

“Perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika Mesyuarat Khas diadakan. Jika Mesyuarat Khas diadakan, ia hanya dapat diadakan pada pertengahan bulan depan memandangkan ketiadaan ramai Ahli Parlimen sebelum pertengahan Julai,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk mengesahkan penyata yang telah disediakan.

“Penyata ini akan dibentangkan ketika sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berserta cadangan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti,” katanya.

Semalam, Wan Junaidi dalam satu kenyataan memaklumkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mencadangkan supaya Perdana Menteri mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama bulan depan.

Mesyuarat khas itu antara lain bagi membentang RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No 3) 2022, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.