nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UKSB tidak berkemampuan hulur rasuah, kata saksi

13 JUN: Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengakui memberi sumbangan dana politik antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ).

Bekas Pengarah Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, berkata wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada KJ, sebaliknya diberikan menerusi UMNO Bahagian Rembau di mana Khairy adalah Timbalan Ketua UMNOnya.

Saksi pendakwaan ke-16 itu yang mengakui mengenali rapat Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, jumlah sumbangan tidak ditetapkan dan tidak diserahkan secara bulanan, sebaliknya bergantung keadaan serta masa.

“Sumbangan kepada KJ saya urus dan kawal kewangan sendiri seperti program di Rembau, di mana KJ adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau. (Sumbangan diberi) dalam banyak keadaan dan bercakap mengenai bantuan politik bukan sahaja berkisarkan di bahagian (UMNO).

“KJ adalah ahli politik di peringkat nasional dan jika berlaku bencana, saya akan bantu untuk program kebangsaan, selain Pilihan Raya Kecil (PRK). Sudah pasti KJ tidak ada kena mengena (dengan UKSB), tidak perlu saya peruntukkan jumlah besar.

“Macam Ahmad Zahid (bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Dalam Negeri), isu Visa Luar Negara (VLN) (UKSB mempunyai kontrak VLN dengan Kementerian Dalam Negeri) ada kaitan dengannya. Masa itu juga, Ahmad Zahid adalah Timbalan Presiden UMNO dan bidang tanggungjawabnya lagi besar,” katanya.

Wan Wuoris mengakui syarikat berkenaan tidak berkemampuan untuk memberi hadiah atau rasuah kepada Ahmad Zahid kerana menghadapi masalah kewangan.

Ketika disoal balas peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, Hamidi turut menunjukkan akaun UKSB yang diaudit tahun 2014 dan 2018.

Sehingga 31 December 2014, keuntungan syarikat selepas cukai ialah RM625,000 manakala tunai di tangan berjumlah RM1.5 juta.

Hamidi: Adakah anda bersetuju bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai kemampuan untuk memberi hadiah atau rasuah berdasarkan akaun syarikat yang diaudit?

Wan Quoris: Ya.

Terdahulu Wan Quoris menjawab berkenaan Khairy ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pada 20 Mei lalu, media melaporkan KJ antara individu berprofil tinggi yang menerima wang daripada UKSB susulan beberapa perkataan itu dicatatkan dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Pada 18 Mei lalu, bekas Pengarah UKSB yang juga saksi pendakwaan ke-15, Harry Lee Vui Khun, memaklumkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada Ahmad Zahid antara 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem VLN.

Bayaran kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermula akhir 2014 dengan bayaran SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.