nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebenaran khas eksport 3 jenis produk berasaskan ayam

15 JUN: Kerajaan bersetuju memberikan kebenaran khas untuk mengeksport tiga jenis komoditi berasaskan ayam.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) memaklumkan, tiga komoditi itu merangkumi ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam, selain semua produk berasaskan ayam dan ‘Day Old Chick’ (DOC) atau anak ayam berusia sehari ayam pembiak baka sahaja.

Kerajaan bagaimanapun menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan DOC ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa.

“Keputusan untuk memberikan kebenaran khas mengeksport tiga jenis komoditi berasaskan ayam itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penggiat industri dan persatuan penternak.

“Bagaimanapun, kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

“Konsainan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” katanya menerusi kenyataan media.

MAFI juga memaklumkan, pihaknya memandang serius sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas berkenaan.

Sekiranya terdapat perlanggaran, katanya tindakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728] boleh diambil.

Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan bekalan ayam dalam negara yang semakin beransur pulih dan dijangka kembali stabil bermula Jun 2022,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.