nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya pihak jahil politik label Ismail Sabri PM paling lemah

24 JUN : Tuduhan yang mendakwa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri daripada UMNO yang paling lemah adalah tidak tepat, demikian tegas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, pihak yang melabel Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri daripada UMNO yang paling lemah, disifatkan sebagai ‘jahil politik’.

“Ini memandangkan Ahli Parlimen Bera itu sudah melakukan yang terbaik sepanjang menerajui pentadbiran negara.

“Tak betul tuduh Ismail Sabri Perdana Menteri BN paling lemah. Tak boleh beban atas dia seorang, kita kena sedar semua Perdana Menteri memerintah secara kolektif dan bersama Kabinet.

“Alhamdullilah, Ismail Sabri berjaya menangani banyak masalah dalam suasana yang sangat mencabar, COVID-19 belum lagi habis dan kita kena sedar, masalah inflasi yang melanda dialami seluruh dunia, bukan Malaysia sahaja.

“Kita menghadapi masalah itu dan ia amat mencabar. Orang yang tuduh Ismail Sabri itu orang tak reti, tak tahu, orang yang jahil politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilapor melabel Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

Komen Nur Jazlan merujuk status Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang sehingga kini belum diputuskan kerajaan, walaupun Ahli Parlimen Ampang itu sudah lam mengumumkan keluar BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, selain cabaran semasa, Ismail Sabri turut memikul bebanan yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Justeru, katanya semua pihak termasuk rakyat perlu memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang ada hari ini, bagi menyelesaikan isu yang melanda negara ketika ini.

“Kita termasuk rakyat kena beri sokongan kepada Perdana Menteri dan Kabinetnya untuk mereka mentadbir negara,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.