nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mini KUD bantu usahawan luar bandar kembang perniagaan

30 JUN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperhebatkan usaha membantu usahawan luar bandar mengembangkan perniagaan menerusi penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) di Dataran Orang Kaya Haji, Lipis.

Mini KUD ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini dengan menyasarkan kehadiran 5,000 pengunjung setiap hari.

Menurut Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad, program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan menerusi bimbingan dan kursus yang dilaksanakan di bawah KPLB.

“Selain itu, program ini juga meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar dalam meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar juga menjadi medium mewujudkan akses pasaran produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli,” katanya.

Abdul Rahman (lima dari kiri) menunjukkan tanda bagus ketika meninjau Mini KUD 2 Lipis hari ini.

Beliau berkata demikian ketika meninjau aktiviti gerai jualan usahawan dan pameran agensi di Mini KUD @ Lipis hari ini.

Mini KUD kali kedua itu dianjurkan membabitkan penglibatan enam agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), FELCRA Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Majlis perasmian penutupan program dijadualkan untuk diadakan pada Ahad ini yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada jam 8.45 malam.

Mini KUD menyasarkan tiga objektif iaitu menjadi platform untuk mempromosi kemudahan serta insentif yang disediakan oleh Kementerian dan agensi yang dapat membantu perkembangan perniagaan usahawan luar bandar.

Selain itu, ia medan mempromosi dan menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk atau perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli.

Ketiga, ia bagi meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.

Lebih menarik, lebih 100 usahawan termasuk penjual masakan panas, penjaja kecil yang menjual pelbagai makanan dan minuman, usahawan trak makanan dari pelbagai agensi di bawah KPLB serta usahawan tempatan turut serta.

Antara aktiviti yang dirancang termasuklah Forum Perdana, Pertandingan Nasyid, Demonstrasi Bomba, Pertandingan Memasak, Pameran Kenderaan Pacuan Empat Roda Vespa dan motosikal Yamaha Y15, Fun Ride (Acara kayuhan berbasikal), Pertandingan Liga Sepakan Penalti, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak serta Kejohanan Dart Beregu Tertutup Pantai Timur.

Pelaksanaan Program Mini KUD @ Lipis ini juga akan dimeriahkan lagi dengan penggunaan baucer penggalak jualan yang keseluruhannya bernilai RM20,000.00 yang diberikan secara percuma
kepada semua pengunjung.

Tambah Abdul Rahman, penganjuran Mini KUD @ Lipis turut menampilkan Rural Business Challenge (RBC) Bistro yang disertai oleh pemenang RBC sekitar negeri Pahang.

“RBC Bistro mencipta peluang akses pasaran yang lebih luas, meningkatkan aktiviti jualan, pelebaran jaringan perniagaan seterusnya berupaya mengembangkan perniagaan usahawan luar bandar khususnya usahawan RBC,” katanya.

Jelas Abdul Rahman, menerusi pameran di Mini KUD @ Lipis, pengunjung boleh mendapat penerangan berkaitan pelbagai program keusahawanan dan pembangunan ekonomi serta kemudahan pembiayaan perniagaan serta peluang yang disediakan.

Menariknya, pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan percuma seperti gunting rambut, penyelenggaraan motor serta Water Transfer dan Air brush oleh pelajar GiatMara.

“Melalui perkhidmatan berkenaan, kita mahu tunjukkan pelajar yang mempelajari kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) khususnya di GiatMara, mampu menggunakan kemahiran mereka seterusnya menceburi kerjaya sebagai usahawan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.