nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Remaja Iran mati ditembak bapa sendiri

1 JULAI : Seorang remaja perempuan di Iran dibunuh oleh bapanya yang menembaknya dengan senapang patah, kata media tempatan hari ini.

Kematian itu, yang dikatakan sebagai ‘pembunuhan kehormatan’ di negara ultra konservatif itu, berlaku selepas bapanya bertengkar dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun selepas dia bertemu seorang lelaki muda di bandar selatan Nurabad, kata aktivis wanita.

Gadis itu melarikan diri ke rumah neneknya selepas bertengkar dengan bapanya, yang kemudian memarahinya.

“Saya sebenarnya tidak berniat untuk membunuh anak perempuan saya, saya menembak secara tidak sengaja,” kata bapanya yang dipetik laman web berita Rokna.

“Saya pergi ke sana dengan senapang patah saya hanya untuk menakutkannya.”

Bapa berusia 43 tahun itu telah ditangkap dan ‘mengakui jenayahnya’,” tambah Rokna.

Di Iran, seorang bapa tidak dikenakan hukuman mati jika dia membunuh anaknya.

Tiada statistik tepat mengenai pembunuhan demi kehormatan di Iran, tetapi agensi berita ISNA menganggarkan terdapat ‘antara 375 dan 450 kes pembunuhan demi kehormatan’ setahun.

Menurut ISNA, pembunuhan seperti itu menyumbang kira-kira satu perlima daripada pembunuhan yang dilakukan di republik Islam itu. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.