nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Empat produk kosmetik dikesan ada racun berjadual

4 JULAI : Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi empat produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat produk itu ialah BL Skincare Day Cream 1 yang dikesan mengandungi hidrokuinon dan tretinoin, manakala tiga produk lagi iaitu Biela Beauty Glowing Night Cream, BL Skincare Day Cream 2 dan BL Skincare Night Cream masing-masing dikesan mengandungi merkuri.

“Notifikasi produk kosmetik terbabit dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik berkenaan dinasihat segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Beliau berkata, hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraungu berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf dan boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Katanya, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan serta pengedaran produk kosmetik itu dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dihukum denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Dr Noor Hisham turut menggalakkan orang awam menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.