nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Indeks utama Bursa Malaysia merosot 1.04 peratus

13 JULAI : Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama merosot sebanyak 1.04 peratus berikutan kegiatan pengambilan untung yang ketara membabitkan saham perladangan dan tenaga, kata seorang peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.76 mata kepada 1,411.32 daripada penutup Selasa iaitu 1,426.08, sekali gus menandakan paras terendah sejak 18 Mei 2020 apabila ia ditutup pada paras 1,410.16.

Indeks penanda aras yang dibuka rendah sebanyak 4.65 mata pagi ini pada 1,421.43, paras tertinggi seharian, turun ke paras rendah 1,410.33 pada sesi pagi sebelum memperoleh momentum.

Namun begitu, ia kembali merosot semasa berlangsungnya dagangan petang.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 578 berbalas 249, manakala 420 kaunter tidak berubah, 1,003 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.76 bilion unit bernilai RM1.28 bilion daripada 2.36 bilion unit bernilai RM1.27 bilion pada Selasa.

Menurut penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, pelabur kini memantau dengan dekat angka inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini.

“Dengan jangkaan bahawa inflasi AS akan meningkat, Rizab Persekutuan AS akan kekal agresif terhadap kenaikan kadar faedah yang mungkin tidak memberi petanda baik untuk pasaran ekuiti.

“Di dalam negara, kelemahan selanjutnya mungkin menyaksikan FBM KLCI berundur menuju paras 1,400, manakala 1,430 bertindak sebagai rintangan segera,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank turun tiga sen setiap satu masing-masing kepada RM8.61 dan RM4.37, Petronas Chemicals susut 40 sen kepada RM7.88, dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM6.42.

Bagi saham aktif, Infoline Tec dan MYEG turun 1.5 sen, masing-masing menjadi 30.5 sen dan 80 sen, Metronic susut satu sen kepada tujuh sen dan MQ Technology kerugian setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 92.48 mata kepada 10,023.60, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 116.98 mata menjadi 10,039.93, FBM 70 turun 67.24 mata kepada 12,037.40, Indeks FBMT 100 pula lebih rendah sebanyak 91.19 mata untuk mencatatkan 9,785.97, dan FBM ACE jatuh 39.53 mata kepada 4,538.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 68.02 mata kepada 16,020.20, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.50 mata kepada 166.71, dan Indeks Perladangan kehilangan 33.23 mata kepada 6,686.70.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.09 bilion saham bernilai RM1.12 bilion berbanding 1.64 bilion saham bernilai RM1.10 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran susut kepada 263.33 juta unit bernilai RM45.05 juta berbanding 452.94 juta unit bernilai RM86.22 juta semalam.

Sementara itu, jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat menjadi 396.49 juta saham bernilai RM112.67 juta daripada 267.91 juta saham bernilai RM86.74 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 137.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (398.49 juta), pembinaan (28.99 juta), teknologi (125.66 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (43.43 juta), hartanah (55.72 juta), perladangan (26.61 juta), REIT (3.45 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (160.03 juta), penjagaan kesihatan (73.18 juta), telekomunikasi dan media (19.25 juta), pengangkutan dan logistik (15.51 juta ), dan utiliti (9.04 juta).-BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.