nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usahawan belia FELDA boleh mohon dana RM10 juta Ogos ini

14 JULAI: FELDA memperuntukkan dana pusingan sebanyak RM10 juta bagi memberi lebih banyak peluang kepada usahawan dalam kalangan generasi baharu yang boleh dimohon mulai Ogos depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana tersebut memberi peluang kepada usahawan dalam kalangan generasi baharu FELDA yang kini memasuki generasi keempat untuk meningkatkan kapasiti perniagaan atau memulakan perniagaan.

“Pinjaman tanpa faedah ini diberikan dengan nilai minimum RM5,000 hingga maksimum RM20,000 mengikut pakej.

“Usahawan belia FELDA dari seluruh negara yang berminat boleh mula membuat permohonan bermula pada bulan Ogos 2022,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di FELDA Rentam, Bera hari ini.

Ismail Sabri berucap pada program Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di FELDA Rentam, Bera hari ini.

Beliau berkata, bagi generasi baharu FELDA yang bermastautin di kawasan rancangan di bawah projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) sebanyak RM7.6 juta sewaan bulanan yang telah dibayar oleh 2,025 penghuni PGBF serta sewaan yang akan dikutip selepas ini dijadikan deposit apabila mereka membeli kediaman PGBF tersebut.

“Sebagai contoh, bayaran sewaan selama 36 bulan berjumlah RM10,800 akan dijadikan deposit lantas
mengurangkan pembiayaan satu unit rumah tengah yang berharga RM90,000 kepada RM79,200 sahaja.

“Bagi baki 1,400 unit PGBF yang belum disiapkan dengan kos pembangunan keseluruhan RM204 juta, FELDA akan meneruskan projek-projek ini melalui inisiatif pembiayaan swasta di mana pihak pemaju akan menanggung kos pembinaan tanpa memerlukan dana daripada FELDA,” katanya.

Tambahnya, projek rintis tersebut akan dilaksanakan di FELDA Bukit Aping Timur dan FELDA Pasak di Johor serta FELDA Chiku 5 di Kelantan.

Selain itu, katanya, penambahbaikan kepada model PGBF yang lebih mampan telah dilaksanakan dengan pengenalan inisiatif lot generasi FELDA.

Sehingga kini, jelasnya, sebanyak 8,670 unit lot generasi telah dikenal pasti termasuk 3,200 unit yang diumumkan di Johor pada bulan Mac lalu.

“Buat masa ini, inisiatif ini akan dilaksanakan di negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Kelantan dan Kedah. Di Parlimen Bera ini sahaja, sebanyak 250 lot telah dikenal pasti iaitu di FELDA Kumai dan FELDA Triang 1.

“Bagi membantu generasi baharu dan memudahkan proses pembiayaan bagi pembinaan rumah di lot generasi ini, saya mengumumkan dana berjumlah RM20 juta diperuntukkan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada pinjaman-pinjaman perumahan yang bakal dibuat oleh generasi baharu FELDA ini.

“Oleh itu, mereka tidak perlu menyediakan cagaran bagi membuat pinjaman tertakluk sehingga dana ini habis dimanfaatkan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pertukaran program Premier di MRSM FELDA kepada
Program Ulul Albab.

Menurutnya, Program Ulul Albab ini akan dilaksanakan bermula pada tahun akademik 2023 dan akan mengintegrasikan program pendidikan sedia ada dengan program aliran agama termasuk tahfiz al-Quran.

Jelasnya, MRSM FELDA akan menjadi MRSM kelapan yang melaksanakan program tersebut dan bakal melahirkan generasi baharu FELDA yang cemerlang dalam bidang profesional yang berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.