nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga kenderaan dijangka naik

18 JULAI: Harga kenderaan dijangka meningkat secara beransur-ansur berikutan industri automotif ketika ini berdepan dengan kenaikan harga komponen kereta.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata lonjakan ketara dalam kos pengeluaran serta berakhirnya tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu antara penyebab kenaikan itu.

“Selain itu, pelanggan kini perlu menampung SST untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).

“Tambahan lagi, reformasi duti eksais mungkin menambah harga kereta sebanyak lapan hingga 20 peratus pada 2023,” katanya dalam satu nota penyelidikannya.

Khai Xhiang berkata, walau bagaimanapun, pihaknya ambil maklum bahawa pihak pengurusan bagi pengeluar kereta kebangsaan gusar kerana mereka tiada ruang mencukupi untuk menaikkan harga kereta.

Proton Holdings Bhd (PROTON) sebelum ini menyatakan pihaknya masih bertahan untuk tidak menaikkan harga kenderaannya walaupun berdepan dengan peningkatan ketara dalam kos pengeluarannya.

Secara dasarnya, PROTON berdepan dengan lonjakan kos pengeluaran daripada bahan mentah sehinggalah logistik.

Ini membuatkan PROTON terpaksa menampung kenaikan itu tanpa memberikan bebanan kepada pembeli.

Sementara itu, Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Hafriz Hezry, berkata perubahan dalam nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan boleh menyebabkan harga CKD meningkat lapan hingga 20 peratus.

“Definisi OMV baharu difahamkan merangkumi kos jualan seperti promosi dan pengiklanan, pemasaran, waranti dan komisen melebihi kos pembuatan sebelum ini.

“Pangkalan OMV yang lebih tinggi di mana duti eksais dikenakan. Oleh itu dijangka menyebabkan kenaikan duti eksais yang dikenakan.

“Ini adalah potensi risiko kepada kos duti sektor auto dan akhirnya jumlah jualan jika diteruskan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.