nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM akan bentang RUU lompat parti di Parlimen Rabu ini

24 JULAI  : Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti dijangka akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  Rabu ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, esok juga dijadual berlangsung sesi taklimat dan libat urus RUU membabitkan Ahli Parlimen kerajaan.

“Perdana Menteri dijadual membentangkan RUU berkenaan di peringkat bacaan kali kedua sebaik selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada jam 12 tengah hari.

“Sementara pada Selasa, sesi taklimat dan libat urus sama akan diteruskan membabitkan Ahli Parlimen blok pembangkang, dijadual berlangsung di bangunan Parlimen.

“Semua Ahli Parlimen sudah sedia maklum dengan matlamat RUU selepas dibincang panjang lebar sebelum ini. Tapi saya akan tetap mengadakan sesi taklimat ini bagi membolehkan apa sahaja perkara berbangkit dan masih memerlukan penjelasan lanjut akan dapat kita jelaskan sebaiknya,” katanya.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi seterusnya berkata, persetujuan supaya Perdana Menteri membentang RUU berkenaan Rabu ini diputuskan dalam mesyuarat pramajlis yang diadakan sebelum sidang Parlimen baru-baru ini, dengan sesi penggulungan akan dibuat beliau sendiri.

Dalam pada itu, beliau akui, pembentangan RUU ini cukup mencabar dan melalui pelbagai proses, dalam memastikan kata sepakat dicapai khususnya membabitkan Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang, selain persetujuan Kabinet.

“Walaupun kita hadapi sedikit masalah di peringkat awal penggubalan RUU ini seperti dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, ia akhirnya berjaya diselesaikan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang turut disertai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Wan Junaidi yakin, selepas melalui pelbagai sesi libat urus termasuk dengan ahli akademik, mesyuarat serta perbincangan panjang, RUU ini akan dapat diluluskan dengan jayanya sekali gus menempa sejarah baharu kepada amalan demokrasi negara.

Pada 14 Julai lalu, Wan Junaidi memaklumkan Kabinet meluluskan draf RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Beliau berkata, pembentangan dan perbahasan RUU itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang.

Media sebelum ini melaporkan draf baharu RUU itu sudah dibentang di atas meja setiap Ahli Parlimen pada 18 Julai lalu, antara lain bagi memberi masa mencukupi kepada Ahli Parlimen meneliti kandungan draf RUU sebelum ia dibahaskan Rabu ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.