nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

FAA akan umum penarafan semula CAAM Ogos ini

2 OGOS : Federal Aviation Administration Amerika Syarikat (FAA) akan mengumumkan penarafan semula Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Ogos ini, berikutan penurunan penarafan keselamatan CAAM dari kategori 1 kepada kategori 2 oleh FAA pada tahun 2019 yang lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pihaknya melalui CAAM telah mengambil tindakan pembetulan terhadap 33 dapatan audit International Aviation Safety Assessment (IASA) yang dibangkitkan oleh FAA pada tahun 2019.

“Sehubungan dengan itu, pihak FAA telah mengadakan sesi pengauditan semula ke atas CAAM dari 6-10 Disember 2021, dan hasil dapatan pengauditan semula telah dikemukakan kepada Malaysia pada 10 Mei 2022 untuk tindakan pembetulan.

“Berdasarkan laporan tersebut, CAAM telah mengambil tindakan untuk menutup 29 dapatan audit IASA yang dibangkitkan oleh FAA. Pada 12 hingga 14 Julai lalu, pihak FAA telah mengadakan perbincangan lanjut dengan CAAM berkaitan tindakan  pembetulan yang telah diambil ke atas dapatan tersebut.

“Berdasarkan perbincangan itu, pihak FAA telah memaklumkan secara lisan bahawa kesemua 26 daripada 29 hasil dapatan yang diperolehi dalam sesi pengauditan pada Disember tahun lalu berjaya ditutup. Kesemua 26 hasil dapatan yang berjaya ditutup tersebut adalah berkaitan dengan aspek teknikal CAAM.

“Pada masa yang sama, CAAM telah mengambil tindakan memperkukuhkan aspek-aspek keselamatan termasuk elemen-elemen kritikal yang menjadi persoalan utama dalam IASA FAA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff bin Abdul Rahman berhubung status dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pengangkutan berikutan penurunan taraf keselamatan CAAM dari Kategori 1 ke Kategori 2 oleh FAA pada November 2019.

Walaupun bagaimanapun, menurut Ka Siong masih ada tiga dapatan yang tidak dapat ditutup dan daripada tiga dapatan tersebut, dua dapatan adalah dari aspek perundangan dan satu dapatan adalah berhubung aspek teknikal serta latihan yang melibatkan penyediaan silibus bagi inspektor CAAM.

“Tindakan-tindakan pembetulan bagi menutup ketiga-tiga dapatan tersebut telah dikemukakan kepada pihak FAA pada 25 Julai 2022 dan pihak FAA akan membuat keputusan berhubung penarafan semula dalam jangka masa terdekat dan akan diumumkan pada bulan Ogos 2022 ini,”ujarnya.

Sementara itu, Ka Siong ketika menjawab pertanyaan apa tindakan Malaysia bagi mengekalkan kerusi Ahli Majlis International Civil Aviation Organisation (ICAO), beliau menjelaskan pihaknya telah bekerjasama dengan kementerian luar, di mana CAAM juga telah merangka strategi-strategi untuk mendapat sokongan bagi mengekalkan kerusi ahli majlis tersebut.

“Antara strategi ialah, menghadiri persidangan serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan kumpulan serantau seperti African Sivil Aviation Commision, Latin America Sivil Aviation Commision, Arab Sivil Aviation Organisation dan European Sivil Aviation Conference

“Disamping itu, kementerian pengangkutan melalui CAAM turut menawarkan latihan bagi pembangunan modal insan industri penerbangan awam antarabangsa di bawah program Malaysian Technical Corporation Program (MTCP) kepada semua negara ICAO,” ujarnya. – Oleh HAFIZ HAMZAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.