nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan peruntuk RM50 juta laksana program PEMULIH Newbiz

6 OGOS : Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM50 juta melalui Agrobank di bawah Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz yang akan menawarkan pembiayaan sebanyak RM 5,000 bagi peringkat pertama dan RM 10,000 bagi peringkat kedua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah program ini, pemohon diberikan moratorium bagi tempoh 6 bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau 5 tahun.

“Saya mengumumkan berita baik ini kepada individu termasuk graduan yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah (home-based), membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan, atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di  Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir di program perasmian MAHA 2022 di MAEPS di Serdang hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri  turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kerana berjaya menganjurkan pameran terbesar dan berprestij ini yang bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’.

Katanya, pemilihan pemilihan tema ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan memperkukuh sekuriti makanan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran selain memacu pemulihan sektor agromakanan dan membantu usahawan tani menjana sumber pendapatan.

“Penganjuran MAHA menjadi wacana terbaik untuk mengetengahkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan teknologi terkini yang memberi manfaat kepada golongan sasar.

“Malah, MAHA yang dianjurkan dalam beberapa siri sejak tahun 1999, dan kini mempunyai legasi sejarah tersendiri, juga bertujuan membolehkan sektor pertanian terus melangkah maju ke hadapan,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri lagi, bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara, MAFI  melalui Agrobank telah memperuntukkan sebanyak RM 800 juta kepada komuniti pertanian di bawah Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM).

“Berikutan sambutan yang memberangsangkan, Kerajaan bersetuju menambah RM 200 juta lagi dalam dana pembiayaan kos rendah untuk menjadikannya RM 1 bilion bagi manfaat seluruh komuniti pertanian agromakanan kita,” katanya.

Sebanyak RM1 bilion peruntukan telah diberikan kerajaan melalui Agro Bank kepada komuniti pertanian di bawah Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM).

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan, ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan ketegangan geopolitik serta perubahan iklim dunia sejak tahun 2020, kini semakin pulih berikutan pelbagai inisiatif Kerajaan.

“Di sebalik kepincangan rantaian bekalan makanan dunia, Kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.

“Kerajaan akan terus memainkan peranan efektif dengan kerjasama semua pihak dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat pada harga berpatutan secara berterusan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya lagi.-Oleh HAFIZ HAMZAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.