nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Najib jawab isu kontroversi projek kapal LCS

6 OGOS : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berhubung projek Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) tidak begitu tepat sehingga ia menimbulkan kontroversi.

Najib menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya menjelaskan, ada fakta yang tidak tepat atau tidak diberi dalam kenyataan beliau dan juga dalam laporan media.

“Antaranya ialah kontrak projek LCS hanya ditanda tangan pada 17 Julai 2014 dan untuk kapal pertama disiapkan pada April 2019 , bukan projek diberi pada 2011  dan kapal pertama bukan perlu diserahkan pada tahun 2017.

“Masa projek dibeku pada tahun 2019, Menteri Pertahanan Mat Sabu kata kemajuan projek LCS cuma pada tahap 60 peratus dan bukan 78 peratus mengikut kontrak.

“Tindakan kerajaan PH menukar pengerusi LTAT, pengerusi  Boustead dan Panglima Tentera selepas PRU14 juga telah merencatkan pelaksanaan projek tersebut.

“Ditambah lagi dengan siasatan yang dilancarkan oleh kerajaan PH yang menyebabkan kelambatan berlaku di mana selepas itu, projek berkenaan dibekukan pada tahun 2019,” ujarnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak

Kata Najib lagi,  jelas projek tersebut masih dimajukan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) tetapi telah diperlambatkan kerajaan PH selepas PRU14 dan dibekukan sepenuhnya pada tahun 2019 di mana kapal pertama dijadualkan untuk diserah.

“Bekas Menteri Pertahanan, Mat Sabu pula pernah membuat kenyataan bahawa kerajaan PH berhasrat untuk meneruskan projek LCS setelah mereka membekunya tetapi tidak sempat sebab kerajaan PH tumbang.

“Ini bermaksud bahawa projek bernilai RM6 bilion itu masih berjalan dan bukan tiada sebarang kemajuan seperti projek terowong Pulau Pinang DAP yang bernilai RM6.43 bilion,” ujarnya.

Selain itu, Najib turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu projek LCS ini dihentikan.

“Cadangan Anwar untuk menghentikan projek ini sepenuhnya setelah RM6 bilion sudah dibelanja dan kemajuan projek sudah pada tahap 60 peratus, adalah sesuatu yang paling tidak boleh diterima

“Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil.

“Siapa yang “menang” jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab mereka boleh samakan projek ini dengan projek terowong magik mereka untuk dijadikan “skandal BN’,” tegasnya.

Menurut Najib lagi, selain daripada tindakan kerajaan PH melewat-lewatkan pelaksanaan projek berkenaan, pandemik COVID-19 yang melanda dunia juga telah membantutkan lagi kemajuan pelaksanaan projek berkenaan.

“Pandemik pula menimpa pada tahun 2020 dan 2021. Akhirnya projek baharu dipersetujui untuk disambung pada bulan April 2022.

“Jadi, bagaimana pula kapal-kapal boleh siap?

“PH lewatkan projek pada tahun 2018, bekukan projek pada tahun 2019, kemudian bertanya kenapa tiada sebarang kapal diserahkan pada tahun 2022?,” soalnya.

Pembinaan kapal perang kata Najib lagi, adalah projek besar yang kompleks dan juga mengambil tempoh masa yang lama.

“Sebab itu, kelewatan dan kenaikan kos mampu berlaku ,terutama sekali apabila kos-kos bahan pembinaan naik.

“Jadi, jalan terbaik ialah menilai semula dan mengawal kos serta kemajuan projek dengan lagi teliti agar kapal dapat dibina dan diserahkan sempenuhnya dan agar kepakaran ini tetap berada dalam industri tempatan, supaya kapal-kapal seterusnya akan mampu dibina dengan lebih cekap dan kos penyelenggaraan adalah lebih rendah.

“Bukan hentikan projek seperti dicadang Anwar dan PH ataupun dijadikan modal PRU15,” tegasnya.-Oleh HAFIZ HAMZAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.