nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peranan Pasukan Jihad Tangani Inflasi tidak terhad isu harga barang

23 OGOS :  Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berperanan tidak hanya terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.

Penubuhan jawatankuasa itu menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, merupakan langkah proaktif kerajaan setelah mendapat gambaran menyeluruh situasi yang berlaku di kebanyakan negara di dunia yang menghadapi masalah tersebut.

“Kita perlu mengambil tindakan awal bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dari sudut kos sara hidup,” katanya.

Annuar berkata demikian pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra Kangar hari ini.

Katanya lagi,  sebagai permulaan jawatankuasa itu telah memberi tumpuan kepada usaha menangani isu kenaikan harga barang tertentu seperti ayam dan minyak masak.

“Untuk berikutnya jawatankuasa ini akan melihat perkara-perkara lain yang terikat kepada masalah inflasi.

“Saya  turut berterima kasih kepada pihak industri atas kerjasama mereka mengikut syor jawatankuasa itu dalam menangani isu kenaikan harga barang,” katanya.

Selain itu, katanya pada ketika ini jawatankuasa berkenaan berpendirian tidak boleh membenarkan eksport ayam selagi bekalan dalam negara tidak stabil dan keperluan domestik dipastikan terjamin terlebih dahulu.

“Kita akan membuat penilaian berapa keperluan domestik terlebih dahulu, pada ketika ini keperluan dalam negara adalah 69 juta metrik tan sebulan atau kira-kira dua juta metrik tan sehari.

“Jika pengeluaran ayam berada pada tahap kira-kira 70 juta metrik tan sebulan dan ke bawah, maka kita masih tidak boleh eksport,” katanya.

Terdahulu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan serta menamakan kompleks penyiaran baharu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Perlis sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.