nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Prestasi program JMKM setakat ini kurang memuaskan- Annuar Musa

29 OGOS : Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelaksanaan program jualan di pusat Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) itu yang bermula pada 19 Ogos lalu, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

Sehubungan itu, beliau menetapkan program JMKM di 639 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh semua kementerian yang diamanahkan menjelang 15 September ini.

“Laporan dibentangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati prestasi keseluruhannya masih kurang 50 peratus, ia masih tidak cukup baik.

“Jawatankuasa ingin lihat dua minggu dari sekarang kena capai 100 peratus. Sekarang ada kementerian yang hanya capai 30 peratus, ada kementerian capai 60 peratus dan 40 peratus, atas pelbagai masalah yang dilalui apabila dilaksanakannya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini.

Annuar berkata, 21 program JMKM di lokasi kampus universiti awam juga akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu akan datang bagi meringankan beban mahasiswa ketika negara berdepan detik mencabar ini.

“Cuma dalam kampus, pelajar mungkin tidak membeli bahan mentah seperti ayam dan minyak, tetapi mereka memerlukan perkhidmatan data internet, alat menulis dan makanan.

“Jadi kita serahkan pada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk melihat barang yang lazim digunakan mahasiswa serta menggunakan mekanisme yang sama (JMKM) supaya mahasiswa boleh beli dengan harga diskaun,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasiswa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) khususnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk semua pelajar di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil maklum mengenai biasiswa lain berkaitan kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi memastikan kadar biasiswa dinaikkan selaras kenaikan kadar inflasi.

“Jadi satu penyelarasan akan dibuat antara kementerian dan apa yang disyorkan KPLB bagi pelajar MARA itu diluluskan Jemaah Menteri dan perinciannya akan dimaklumkan kementerian berkaitan.

“Secara prinsipnya, ia mengambil kira kos sara hidup pelajar dalam dan luar negara, Kabinet bersetuju untuk kadar biasiswa dinaikkan dan kemudiannya diselaraskan,” katanya.

Mengenai situasi inflasi negara, Annuar berkata, berdasarkan perbandingan kadar inflasi bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi Julai ini sederhana kepada 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada Jun 2022.

“Trend kadar inflasi yang makin tinggi berbanding tahun lalu pula, ini fenomena global sedang dilalui hampir semua negara.

“Kadar inflasi bagi Julai lalu berbanding Julai 2021 bagi United Kingdom (10.1 peratus), negara Eropah (Euro) (8.9 peratus), Amerika Syarikat (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7 peratus), Filipina (6.4 peratus), Indonesia (4.9 peratus) dan negara kita (4.4 peratus),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.