nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DBN 2.0 fokus tiga tunjang utama perkasa sektor bioteknologi

12 SEPT :  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) yang akan memberi tumpuan kepada tiga tunjang utama dalam memperkasakan sektor berkenaan seiring aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Menurut Ismail Sabri,  tiga tunjang utama itu ialah bioteknologi pertanian dan jaminan makanan; penjagaan kesihatan dan kesejahteraan; serta bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran.

“Justeru, DBN 2.0 akan memperkukuh ekosistem bioteknologi sedia ada serta menjadi pemangkin dalam menyelesaikan cabaran negara berkaitan sekuriti makanan, pengurusan pandemik dan krisis perubahan iklim menerusi kaedah penyelesaian bioteknologi tempatan.

“Selaras dengan bidang tumpuan bioteknologi pertanian dan jaminan makanan, usaha kerajaan akan dipertingkatkan dalam menggunakan sumber asli tempatan secara mampan untuk input pertanian, ternakan dan hasil marin, serta akuakultur bernilai tinggi.

“Ekosistem makanan masa depan dan produk bernilai tinggi dengan menggunakan teknologi baharu dan terkini akan dibangunkan, seperti superfood dan penghasilan makanan baharu yang lebih lestari.

“Bioteknologi turut memainkan peranan penting bagi sekuriti kesihatan negara untuk mengatasi penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran DBN 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran DBN 2.0 ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ismail Sabri berkata DBN 2.0 bakal memacu momentum yang digariskan di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara pengguna teknologi kepada negara pembangunan teknologi dengan menetapkan lima sasaran utama.

Perdana Menteri berkata sasaran itu adalah 30 peratus syarikat Bionexus ke peringkat global dan 70 peratus syarikat Bionexus peringkat tempatan kekal aktif serta sokongan kepada syarikat-syarikat berkenaan yang berpotensi menjadi syarikat berstatus unicorn.

“Kerajaan dalam konteks ini menyasarkan tiga syarikat bioinovasi berstatus unicorn menjelang 2030,” katanya menambah pemerkasaan institut dan institusi serta tokoh penyelidik bioteknologi tempatan bertaraf dunia turut menjadi sasaran utama menerusi DBN 2.0.

Syarikat unicorn merujuk kepada syarikat pemula niaga persendirian yang mempunyai nilai melebihi US$1 bilion.

Selain itu, beliau berkata DBN 2.0 menyasarkan lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh syarikat-syarikat bioteknologi serta 80 peratus graduan bioteknologi yang diiktiraf melalui program pentauliahan mikro dan 20 peratus graduan bioteknologi dalam program pasca siswazah.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata penggubalan DBN 2.0 untuk tempoh sehingga 2030 itu kerana bioteknologi merupakan komponen penting dalam bioinovasi bagi memacu pembangunan negara dan harus dibangunkan bersama teknologi lain yang baru muncul dalam konteks Revolusi Perindustrian 4.0.

“Sebagai contoh, dalam bidang biomolekul dan biosistem, pembangunan dalam teknologi molekul telah membantu memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang proses biologi serta membolehkan perancangan terperinci untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia.

“Kerajaan berbangga kerana Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai satu daripada 17 negara kepelbagaian mega berikutan terdapat sekurang-kurangnya 5,000 tumbuh-tumbuhan asli serta memiliki ekosistem marinnya sendiri.

“Kekayaan biodiversiti negara ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melonjakkan ekonomi negara melalui pemerkasaan sektor bioteknologi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.