nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perbanyakkan filem patriotik untuk perkukuh semangat kenegaraan-Agong

12 SEPT :  Penerbitan filem-filem berunsurkan patriotik dan epik sejarah perlu dibanyakkan bagi menyemarak dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan serta kenegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah fenomena yang dicetuskan menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada industri perfileman negara

Istana Negara menerusi catatan di Facebook rasminya turut memaklumkan, Baginda turut menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan mutu filem dan lakonan yang dijayakan oleh syarikat penerbitan tempatan, barisan produksi, pelakon serta sambutan hebat rakyat terhadap filem tersebut.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada syarikat penerbitan, pengarah dan barisan pelakon atas kejayaan mengungguli senarai filem tempatan paling laris pernah diterbitkan dalam sejarah perfileman negara, hampir mencecah RM100 juta,” menurut kenyataan itu.

Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat menonton filem Mat Kilau di The Gardens Mall semalam.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut warga syarikat penerbitan filem, Studio Kembara Sdn Bhd dan beberapa pelakon filem berkenaan.

Selain mencetuskan fenomena setelah ditayangkan dalam negara pada 23 Jun lepas, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof turut ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.