nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU dana politik bakal dibentang awal November

24 SEPT : Kerajaan sekali lagi menzahirkan keyakinan dan komitmen bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik akan dapat direalisasikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RUU itu dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama pada awal November, disusuli dengan bacaan kedua pada hujung bulan yang sama.

Jelas Ahli Parlimen Santubong itu, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar yang digariskan dalam RUU Sumbangan Politik.

Perkara itu, ujar Wan Junaidi, telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum RUU berkenaan dapat dimuktamadkan.

“Satu sesi libat urus bersama wakil ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang akan diadakan pada 28 September ini bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi RUU Sumbangan Politik yang sedang digubal.

“Selain itu, RUU ini juga telah mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah diadakan bersama pihak pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta pakar akademik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata RUU Sumbangan Politik dijangka dapat dibentangkan pada sidang Parlimen, Oktober depan.

Beliau dalam masa yang sama berkata, beberapa sesi perbincangan dalaman juga telah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menambah inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Begitu pun, katanya hasrat untuk memperkenalkan undang-undang tersebut tidak terlaksana.

Usaha tersebut sekali lagi dilakukan melalui cadangan kerangka perundangan bagi RUU Sumbangan Politik kerajaan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang.

Tetapi, Wan Junaidi berkata, hasrat berkenaan turut tidak kesampaian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.