nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Noh nasihat Anwar berhenti kelirukan rakyat

3 OKT : Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya berhenti mengelirukan rakyat dengan menabur janji politik.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ia berikutan kenyataan Presiden PKR itu berhubung 36 dasar yang perlu diberi keutamaan dalam usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik, termasuk memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), khusus untuk golongan B40.

Rakyat menurut Noh yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, sudah bijak menilai menerusi pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini.

“Beliau (Anwar) cukup-cukuplah memberi janji tidak serupa bikin dan bercakap kosong.

“Kita kini sudah tiga kali bertukar kerajaan termasuk di bawah PH yang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan bayaran tol dan PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini.

Seramai 223 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Parlimen Tanjong Karang turut menerima sumbangan wang tunai bagi peringkat ijazah dan diploma.

Semalam, media melaporkan semua cadangan dasar Anwar itu dimasukkan dalam ‘SCRIPT-For a Better Malaysia’, buku yang mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat untuk mentransformasikan Malaysia.

Dalam buku dihasilkan menerusi kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pusat Dasar Postnormal dan Kajian Masa Depan itu antaranya mencadangkan bayaran tol kepada B40 dimansuhkan dengan menyediakan ‘Pas Tol’ dan pemansuhan bayaran balik PTPTN kepada golongan itu.

Pada masa sama, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata, agenda kerajaan ketika ini kukuh bagi membantu meringankan beban rakyat.

Memberi contoh, katanya, PTPTN memperuntukkan RM100 juta untuk menyediakan geran khas kepada B40 dan bayaran percuma kepada mahasisiwa yang memperoleh keputusan pengajian kelas pertama.

“Ia menunjukkan kita melaksanakan janji praktikal dan akan sentiasa menyalurkan bantuan atau subsidi kepada rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.