nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan besar KKM pengiktirafan kerajaan terhadap sektor kesihatan

7 OKT : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan peruntukan besar RM36.1 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan satu pengiktirafan kepada kepentingan penjagaan kesihatan, selari aspirasi kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sebagai satu keutamaan kerajaan.

Kata Khairy menerusi satu kenyataan hari ini, peningkatan peruntukan itu juga satu pelaburan yang amat diperlukan bagi memastikan Keluarga Malaysia kekal sihat, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Bajet 2023 yang dibentangkan juga menyaksikan perkhidmatan kesihatan diperkukuhkan bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan mental seluruh Keluarga Malaysia terjamin dan tidak ada golongan yang ditinggalkan.

“Secara umumnya, menerusi bajet ini KKM memberi fokus kepada pengukuhan program Healthcare and Wellness, penambahbaikan dan baik pulih fasiliti kesihatan, meningkatkan keberkesanan rawatan kesihatan dan penggantian set perubatan yang kritikal dan usang.

“Bajet 2023 ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan aspek kesihatan dititikberatkan dalam hampir semua dasar merentasi pelbagai kementerian dan agensi,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kerajaan menurut Khairy, memperuntukkan RM36.139 bilion kepada KKM iaitu sebanyak RM31.50 billion untuk perbelanjaan mengurus dan sebanyak RM4.639 billion untuk belanja pembangunan.

“Peruntukan dalam Bajet 2023 ini adalah pertambahan sebanyak RM3.729 bilion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion yang diperuntukkan pada 2022.

“Ini antara peningkatan jumlah perbelanjaan terbesar dalam kalangan kementerian jika dibandingkan keseluruhan peruntukan Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion, peruntukan yang disediakan kepada KKM ini adalah 9.71 peratus daripada keseluruhan peruntukan bajet,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar peruntukan KKM ini adalah untuk membiayai Program Perubatan berjumlah RM11.81 bilion (37.51 peratus) dan untuk Program Kesihatan Awam sebanyak RM5.49 bilion (17.42 peratus).

“Selain itu, sebanyak RM4.9 bilion (15.56 peratus) juga diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam melalui perolehan bekalan ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis,” katanya.

Khairy berkata, KKM turut bersyukur kerana beberapa permohonan baharu kepada kerajaan diluluskan antaranya bayaran RM500 secara ‘one-off’ di bawah Skim Cahayamata Keluarga Malaysia untuk ibu B40 yang melahirkan anak pada 2023.

“Ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 200,000 keluarga B40 dalam memastikan ibu mengandung dan anak yang bakal dilahirkan dapat menikmati makanan berzat, sekali gus mengurangkan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Selain itu, katanya, sejumlah RM420 juta diperuntukkan bagi tujuan membaik pulih hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang.

“Program pembaikan dan pemulihan fasiliti ini akan segera dilaksanakan di seluruh negara dan keutamaan kepada fasiliti kesihatan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.