nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mandat rakyat senjata ampuh pulihkan kestabilan politik negara

14 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, keputusan membubarkan Parlimen yang dibuat baru-baru adalah untuk memastikan kestabilan politik negara dengan cara memulangkan semula mandat kepada rakyat.

Ini kerana menurutnya, mandat rakyat merupakan senjata ampuh bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dan dihormati selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Pada 10 Oktober lepas saya telah mengumumkan pembubaran Parlimen yang mana dengan pengumuman itu, mandat akan dipulangkan kembali kepada rakyat.

“Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.

“Saya yakin Keluarga Malaysia Melaka akan menggunakan hak untuk memilih Kerajaan yang mampu mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) di sini, petang Jumaat.

Turut hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid.

Beliau sementara itu turut menyangkal dakwaan pembangkang yang sering mendakwa Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan asing.

Ujarnya, kerajaan sentiasa memantau kesan inflasi kepada harga barangan asas hingga berjaya mengawalnya ke tahap lebih rendah berbanding negara serantau.

“Pembangkang mendakwa, kononnya Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan asing, namun bagi separuh pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM47.4 bilion.

“Saya berkeyakinan ekonomi negara tahun ini mampu mencapai sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus hingga 7 peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 8.9 peratus,” tambahnya.

Malah tambah beliau, Malaysia juga sebelum ini telah diiktiraf sebagai negara ke-18 paling aman di dunia daripada 163 negara dan kedua di Asia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.