nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tommy Thomas saman Pasukan Petugas khas, Kerajaan

27 OKT :  Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini memfailkan saman pemula terhadap terhadap kerajaan dengan memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk ‘Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness’ adalah dokumen tidak sah dan bertentangan undang-undang.

Saman itu difailkannya hari ini melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas, menamakan pengerusi dan ahli Pasukan Petugas Khas serta Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Mereka adalah Pengerusi Datuk Seri JC Fong dan ahlinya Datuk Seri Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamarruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi, dan Najib Suri.

Tommy turut memohon perisytiharan bahawa Pasukan Petugas Khas adalah badan tidak sah dan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan fungsi yang diberikan oleh kerajaan.

Selain itu, beliau turut memohon perisytiharan bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar hak beliau seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) (kebebasan asasi ) dan 13(1) perlembagaan persekutuan.

Laporan STF yang dinyahklasifikasi kerajaan pada 13 Oktober lalu antara lain mengesyorkan supaya bekas Peguam Negara itu disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan telah dilakukannya.

Tiga syor pasukan berkenaan dalam laporan siasatannya yang kini boleh diakses secara terbuka melalui laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pasukan khas itu juga mencadangkan empat langkah yang perlu diambil kerajaan bagi menangkis persepsi umum terhadap campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman atau kekurangan kebebasan kehakiman.

Langkah itu termasuk pindaan ke atas Seksyen 5(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi membolehkan pelantikan empat individu yang dihormati dalam JAC, dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara.

Selain itu, Perdana Menteri perlu secara tegas mematuhi Seksyen 2 Akta JAC bagi mempertahankan kebebasan kehakiman.

Pasukan itu juga mengesyorkan supaya garis panduan diwujudkan bagi mentadbir urus pelaksanaan kuasa oleh Peguam Negara untuk melantik peguam luar bagi mewakili kerajaan dalam kes sivil serta untuk mendakwa kesalahan, supaya pelaksanaan kuasa itu boleh dilakukan secara telus dengan integriti dan bukan sewenang-wenangnya.

Sementara itu berdasarkan pemerhatian umum, pasukan terbabit berkata, walaupun Tommy daripada Majlis Peguam mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk dilantik sebagai Peguam Negara, beliau kurang pengalaman dan kemahiran pengurusan bagi menerajui atau bertanggungjawab ke atas sebuah jabatan kerajaan yang besar dengan lebih 2,000 pegawai perundangan serta sejumlah besar kakitangan sokongan.

Berdasarkan analisis dan pemerhatian terhadap dakwaan berkenaan serta maklumat dan dokumen yang disediakan, jawatankuasa itu berpendapat ada kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap lima undang-undang dan peraturan.

Ia termasuk Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 serta Peraturan, Prosedur dan Pekeliling Kerajaan.

Selain itu, terdapat campur tangan eksekutif dalam pelantikan hakim dan kesannya ke atas kebebasan badan kehakiman secara umum; pendedahan maklumat kerajaan dan rahsia rasmi yang tidak dibenarkan; serta penyalahgunaan kuasa, tindakan yang diambil melangkaui kuasa dan kecuaian profesional.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.