nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

10 NOV : Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat sedikit, disokong oleh kenaikan separuh daripada komponen indeks utama terutamanya saham wajaran berat berkaitan sarung tangan dalam persekitaran prestasi serantau yang lemah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi petunjuk pasaran meningkat 0.24 peratus atau 3.55 mata untuk berakhir pada 1,449.74 daripada 1,449.74 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 3.38 mata lebih lemah kepada 1,442.31 sebelum bergerak di antara 1,440.76 dengan 1,453.27 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 468 berbanding 344 manakala 394 kaunter tidak berubah, 1,120 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.47 bilion unit bernilai RM1.45 bilion daripada 3.07 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Rabu.

Penganalisis Kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata pelabur akan menumpukan perhatian kepada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga Malaysia yang akan dikeluarkan esok.

“Konsensus itu menjurus ke arah pertumbuhan 11.7 peratus tahun ke tahun,” katanya kepada Bernama.

Indeks utama mungkin didagangkan dalam mod julat antara paras 1,420 hingga 1,465 pada masa depan memandangkan sentimen akan berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) minggu depan, katanya.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada pendapatan korporat yang akan datang pada dua minggu terakhir bulan ini,” katanya.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia Top Glove melonjak 4.5 sen kepada 88.5 sen, Hartalega naik tujuh sen kepada RM2.06 dan Maybank meningkat satu sen kepada RM8.64, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.97 manakala Petronas Gas turun dua sen pada RM16.96 sen.

Antara saham aktif, Advance Synergy bertambah 1.5 sen kepada 133 sen manakala XOX dan FIntec Global masing-masing bertambah 0.5 sen kepada 20 sen dan 1.5 sen manakala Key Alliance tidak berubah pada satu sen manakala Euro Holdings merosot tiga sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.56 mata kepada 10,271.01; Indeks FBMT 100 melonjak 14,77 mata kepada 10,008.53 dan FBM ACE naik 51.45 mata kepada 4,983.79, Indeks FBM Emas Syariah bertambah 0.14 mata kepada 10,323.89 manakala FBM 70 turun 20.21 mata kepada 12,136.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 65.98 mata kepada 16,326.82; Indeks Penjagaan Kesihatan naik 26.02 mata kepada 1,704.14, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.45 mata kepada 174.77 manakala Indeks Perladangan merosot 18.18 mata kepada 6,831.38 manakala Indeks Tenaga jatuh 11.07 mata kepada 710.56.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.08 bilion saham bernilai RM1.25 bilion daripada 2.24 bilion saham bernilai RM1.52 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 279.45 juta unit bernilai RM48.90 juta daripada 294.86 juta unit bernilai RM66.88 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE bertambah kepada 1.11 bilion saham bernilai RM144.66 juta daripada 528.83 juta saham bernilai RM126.66 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 755.07 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (526.90 juta), pembinaan (65.43 juta), teknologi (109.07 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.83 juta), hartanah (131.19 juta), perladangan (16.31 juta), REIT (5.41 juta), dana tertutup (15,000), tenaga (107.13 juta), penjagaan kesihatan (163.47 juta), telekomunikasi dan media (35.72 juta), pengangkutan dan logistik (115.43 juta) serta utiliti (11.26 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.