nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO hanya akan berunding dengan GPS selepas PRU15

18 NOV : UMNO akan hanya berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), satu-satunya pakatan yang akan dirundingi parti itu jika perlu menjalin persefahaman bagi membentuk kerajaan Persekutuan, demikian jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berunding dengan gabungan selain GPS kerana yakin dapat menubuhkan kerajaan pada PRU15.

“Untuk apa kita nak buat persefahaman dengan gabungan parti lain kerana BN akan jadi kerajaan esok, itu keyakinan saya. Katakanlah BN dapat 112 kerusi di Semenanjung dan Sabah. Dengan siapa lagi kami nak berbincang, sudah tentu BN nak berbincang dengan GPS.

“Kenapa kami nak bincang dengan GPS? Kerana GPS rakan karib BN. Apa bukti GPS rakan karib BN, kerana BN tak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan PRU15. Yang bertanding di Sarawak adalah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya sahkan memang akan ada rundingan dengan GPS selepas PRU15 nanti, bukan dengan gabungan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ramah mesra dengan penduduk di sebuah pasar raya, di Pontian hari ini.

Ahmad yang juga calon BN di Parlimen Pontian, berkata sudah pasti GPS enggan berunding dengan PH atau PN selepas PRU15 kerana kedua-dua gabungan itu meletakkan calon bertanding di Sarawak.

“Apabila PH dan PN bertanding di Sarawak, sudah tentu pada pandangan saya, GPS tak mahu berunding dengan kedua-dua gabungan itu,” katanya menambah, GPS sebelum ini yakin mampu memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

“Kalau BN dapat 112 di Semenanjung serta Sabah, campur 25 kerusi GPS di Sarawak, jadi 137 kerusi dan BN berjaya tubuh kerajaan dengan selesa,” katanya.

Sebelum ini, UMNO dilaporkan menolak dakwaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan bergabung dengan PH selepas PRU-15 dan menganggapnya hanya andaian bekas Perdana Menteri itu bertujuan memberi gambaran salah kepada pengundi terhadap BN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.