nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR tetapkan 7 Disember hari mengundi Parlimen Padang Serai

18 NOV  : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda kepada 7 Disember depan, susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, yang juga penyandang kerusi Parlimen berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) sehingga jam 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).

“Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka daripada 18 November 2022 (Jumaat) dan ditutup pada 22 November 2022 (Selasa),” katanya.

Beliau berkata, calon-calon PRU15 layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon pada 24 November ini, bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan semula giliran pada kertas undi.

“Sementara, bakal-bakal calon baharu yang ingin bertanding dalam PRU15 Parlimen P017 Padang Serai, hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak semasa hari penamaan calon di pusat penamaan calon yang ditetapkan SPR,” katanya.

Beliau berkata, kos menjalankan urusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ini dianggarkan sebanyak RM1.6 juta.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan untuk PRU15 Parlimen P017 Padang Serai daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022.

“Daftar bagi PRU15 Parlimen P017 Padang Serai ini mengandungi seramai 133,867 orang pemilih, terdiri 133,776 orang pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“Daftar bagi PRU15 Parlimen P017 Padang Serai dijadualkan akan mula dijual pada 23 November 2022,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.