nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup dalam julat negatif hari ini

13 DIS : Bursa Malaysia ditutup dalam julat negatif berikutan jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam saham perladangan dan telekomunikasi, walaupun sentimen optimis di kebanyakan pasaran serantau.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.26 mata kepada 1,470.12 daripada 1,474.38 pada Isnin.

Indeks barometer, yang dibuka tinggi 2.15 mata kepada 1,476.53, bergerak antara 1,469.47 dan 1,477.29 dalam sesi dagangan tidak menentu sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 482 berbanding 411 manakala 389 kaunter tidak berubah, 980 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.69 bilion unit bernilai RM1.84 bilion daripada 2.52 bilion unit bernilai RM1.52 bilion pada Isnin.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata saham Asia secara relatifnya mencatatkan dagangan lengang hari ini berikutan pelabur menunggu data mengenai Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) yang penting hari ini dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengenai dasar monetari pada Rabu.

“Persoalan besar dalam kalangan pelabur Bursa Malaysia ialah sama ada kejutan inflasi AS yang positif pada bulan lepas merupakan petunjuk sebenar bahawa inflasi pada paras tertinggi berada di belakang kita.

“Rizab Persekutuan boleh mengurangkan kenaikan kadar dalam masa terdekat, yang akan menggerakkan saham tempatan lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia Maybank meningkat lima sen kepada RM8.75, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.39, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.48, CIMB menambah dua sen kepada RM5.76 dan TNB naik satu sen kepada RM9.21.

Daripada saham aktif, ITMAX yang mula disenaraikan meningkat 31 sen kepada RM1.38, SNS naik 2.5 sen kepada 25 sen, Dataprep merosot empat sen kepada 25.5 sen, AT Systematization tidak berubah pada 1.5 sen dan Advance Synergy berkurangan satu sen kepada 17 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 6.98 mata kepada 10,579.54, Indeks FBMT 100 susut 5.98 mata kepada 10,282.60 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 25.34 mata kepada 10,707.81.

Indeks FBM 70 naik 87.73 mata kepada 13,006.0 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.26 mata kepada 5,494.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 32.30 mata kepada 16,572.13, Indeks Perladangan merosot 66.56 mata kepada 6,685.93, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.82 mata kepada 180.61 manakala Indeks Tenaga menambah 6.26 mata kepada 784.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.55 bilion saham bernilai RM1.49 bilion daripada 1.40 bilion saham bernilai RM1.18 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 284.18 juta unit bernilai RM57.91 juta daripada 324.57 juta unit bernilai RM60.57 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 852.07 juta saham bernilai RM290.35 juta daripada 800.79 juta saham bernilai RM273.90 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 302.61 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (373.19 juta); pembinaan (45.03 juta); teknologi (309.62 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (64.32 juta); hartanah (120.74 juta); perladangan (24.38 juta); REIT (3.69 juta), dana tertutup (8,000); tenaga (158.64 juta); penjagaan kesihatan (72.35 juta); telekomunikasi dan media (28.64 juta); pengangkutan dan logistik (33.45 juta) dan utiliti (11.87 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.