nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan jamin tiada kenaikan tarif elektrik-PM

14 DIS : Kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, demikian jamin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun menurut Anwar, tarif elektrik
untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara akan dinaikkan sedikit.

Katanya lagi, butiran tentang kenaikan tarif itu akan diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat.

“Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion.

“Maka saudara Nik Nazmi, selaku menteri berkenaan akan buat pengumuman, jika dikenakan pun akan kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka, dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, kenaikan tarif itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat secara amnya, termasuk syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan pengeluar makanan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, mesyuarat NACCOL semalam mengambil maklum tentang keperluan untuk menaikkan tarif tersebut, selepas mengambil kira beban kewangan kerajaan yang kian meninggi.

“Tetapi keputusan jelas, kita tidak akan membebankan rakyat. Jadi, keputusan kita ialah tidak menaikkan tarif elektrik, kecuali untuk mereka yang benar-benar kaya.

“Masalah dengan pemberian subsidi ini ialah ia dilihat tidak dilakukan dengan telus, sebaliknya dilihat hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya. Maka saya berpandangan kita akan meningkatkan tarif secara berfasa untuk syarikat multinasional,” tambahnya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beberapa inisiatif tambahan kini sedang diperhalusi kementerian dan agensi berkaitan.

Katanya lagi, mesyuarat NACCOL semalam turut menyentuh mengenai kekurangan bekalan barangan tertentu di pasaran, termasuk dari aspek struktur dan unjuran bekalan tersebut.

“Jadi, saya mencadangkan agar FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk memberi laporan penuh, serta langkah yang dirasakan perlu untuk menangani masalah ini.

“Anda pun sedia maklum tahun lepas tentang masalah yang melanda golongan pekebun di Cameron Highlands, yang terpaksa melupuskan produk pertanian mereka kerana tiada pembeli, dan masalah pengangkutan. Jadi saya minta mereka (FAMA) lebih proaktif,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.