nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa banjir di Terengganu meningkat hampir 30,000

19 DIS : Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan angka terkini 29,717 orang direkod berpindah ke pusat pemindahan pemindahan (PPS) sehingga malam ini.

Jumlah menunjukkan peningkatan berbanding hanya 19,601 mangsa yang direkodkan petang tadi.

Setakat jam 10 malam ini, semua mangsa berada di 291 PPS berbanding hanya 243 yang dibuka petang tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman kini merekodkan jumlah mangsa teramai apabila 9,717 mangsa daripada 2,497 keluarga berada di 35 PPS.

Ia menunjukkan pertambahan berbanding seramai 3,565 mangsa daripada 963 keluarga di 26 PPS.

Menerusi laporan itu, seramai 6,401 mangsa (1,978 keluarga) berada di 60 PPS di Hulu Terengganu, manakala 84 PPS dibuka di Besut bagi menempatkan 5,492 mangsa membabitkan 1,506 keluarga.

Seramai 3,988 mangsa dipindahkan ke 58 PPS di Setiu dan di Dungun, selain 1,963 mangsa daripada 527 keluarga berada di 32 PPS.

Sementara itu, 241 keluarga membabitkan 987 mangsa berada di sembilan PPS di Kuala Terengganu, Kuala Nerus (689 mangsa) dan Marang (480 mangsa).

Dalam pada itu, enam balai dan pondok polis di Terengganu ditutup selepas ditenggelami air akibat banjir yang melanda bermula semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, Balai Polis Kuala Jengai di Dungun antara yang paling teruk terjejas apabila air sudah mencecah sehingga ke paras bumbung.

Beliau berkata, lima lagi balai terjejas adalah dua di Kemaman iaitu Balai Polis Pasir Gajah dan Balai Polis Air Putih; satu di Balai Polis Manir di Kuala Terengganu, Balai Polis Trafik dan Pondok Polis Tenang di Jerteh, Besut.

“Balai Polis Manir mula ditutup petang semalam disusuli balai dan pondok yang lain.

“Kesemua anggota yang berada di balai berkenaan juga selamat dan sudah dipindahkan ke tempat yang selamat.

“Semua aset dan peralatan komunikasi yang terdapat di balai dan pondok juga sudah dipindahkan dan setakat ini, semuanya masih ditutup,” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.