nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Status 4 Ahli Parlimen GRS akan ditentukan dalam masa 21 hari

29 DIS : Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata dia akan membuat keputusan mengenai kekosongan empat ahli parlimen dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam tempoh 21 hari.

Johari juga mengesahkan dia sudah menerima surat rasmi daripada Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee pada 27 Dis lalu bagi meminta Dewan Rakyat memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa empat kerusi Parlimen itu akan dikosongkan.

“Di bawah Perkara 49A(3), speaker akan memutuskan sama ada kerusi ini akan dikosongkan atau tidak,” katanya kepada Malaysiakini.

Johari juga berkata, Ronald mencadangkan supaya empat ahli parlimen GRS itu mengosongkan kerusi mereka.

“Saya memberitahu dia bahawa saya belum menerima apa-apa lagi. Dia menulis kepada saya secara rasmi pada 27 Dis. Jadi, sekarang saya mendapat semua suratnya dan saya akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata bekas ahli parlimen Sungai Petani itu.

Johari berkata dia perlu meneliti perkara itu dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya perlu banyak membaca, meneliti dan saya berharap untuk menyelesaikan secepat mungkin.

“Saya akan mencari penyelesaian terbaik bagaimana untuk bertindak balas terhadap perkara ini dan itu akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Johari pada masa sama menegaskan, selepas menerima surat secara rasmi daripada Ronald, menurut undang-undang dia mempunyai masa selama 21 hari untuk membuat keputusan.

GRS pada asalnya berikrar taat setia kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pemimpin PN untuk dilantik sebagai perdana menteri namun sokongan itu berubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Pada 10 Dis, sekumpulan 15 Adun GRS dan empat ahli parlimen mengisytiharkan bahawa mereka “keluar” dari Bersatu. Mereka ialah Datuk Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

PN mendakwa empat ahli parlimen terbabit perlu mengosongkan kerusi masing-masing selaras dengan pelaksanaan undang-undang antilompat pari yang termaktub dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Awal hari ini, Ronald menegaskan empat ahli parlimen itu adalah antara calon yang bertanding sebagai ahli Bersatu dalam PRU ke-15 lalu.

“Melalui surat bertarikh 3 Nov kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, setiausaha Bersatu Sabah mengesahkan empat ahli Parlimen itu adalah antara calon yang bertanding sebagai ahli Bersatu. Keahlian mereka dalam GRS disediakan sebagai ahli Bersatu,” kata Ronald.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.