nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan hilang, wartawan Pakistan sudah dihantar pulang


3 JAN : Kerajaan Malaysia telah mengekstradisi wartawan warga Pakistan, Syed Fawad Ali Shah ke negaranya pada Ogos tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Malaysia, di Kajang, hari ini sekaligus menjawab misteri kehilangan individu tersebut sejak 23 Ogos lalu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia sebelum ini menerima permohonan menerusi saluran diplomatik pada Ogos 2022 sebelum lelaki yang menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu itu dikesan dan dihantar ke Islamabad.

“Kerajaan Pakistan minta untuk mengesan keberadaannya dan hantar pulang. Permohonan yang diangkat oleh Kedutaan Pakistan kepada kerajaan kita pada waktu itu. Bukan kerajaan sekarang pada bulan Ogos tahun lalu. Itu faktanya.

“Bertindak atas permintaan itu kerajaan waktu itu telah mengesan keberadaan Syed Fawad dan seawal minggu ketiga bulan Ogos 2022 beliau telah dihantar pulang ke Islamabad. Itu status dia sekarang mengikut rekod kita.
“Saya boleh mengesahkan berdasarkan kepada rekod rasmi dan tindakan yang kita buat bersesuaian dengan permintaan yang dibuat kerajaan Pakistan terhadap Syed Fawad, kita sudah mengesan dan menghantar beliau pulang,” katanya.


Sebelum ini media melaporkan isteri Syed Fawad yang dikenali sebagai Syeda merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam mencari suaminya yang hilang di Malaysia sejak 23 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata mengikut maklumat rasmi dari Pakistan, Syed Fawad merupakan bekas anggota polis yang mempunyai masalah disiplin.


“Saya nak sebut bahawa ada dua versi di sini. Media kita memperkenalkan beliau atau mengenali beliau sebagai wartawan tapi kalau ikut versi rasmi kerajaan Pakistan, beliau adalah bekas anggota polis yang ada beberapa kes disiplin. Ini saya petik dari sumber kerajaan Pakistan yang menghantar (permohonan) kepada kerajaan Malaysia.

“Walaupun bekas anggota polis yang ada kes disiplin dan sebagainya tapi beliau mempunyai keupayaan menulis yang baik jadi beliau banyak menulis dalam tulisan yang banyak menegrus atau mengkritik kerajaan akhirnya beliau digambarkan sebagai waratawa. Tapi kalau ikut rekod rasminya itu, beliau pernah menjadi anggota polis di Pakistan.

“Saya pun baru dimaklumkan tentang kes ini lebih kurang seminggu yang lepas. Soalan ditanya sama ada saya sudah maklumkan kepada isterinya, belum lagi. Saya baru masuk pejabat hari ini,” katanya.

Sebelum ini, Syed Fawad mendakwa pernah ditahan di Pakistan pada 2008 susulan artikel berkaitan kehilangan paksa penduduk di negara itu yang ditulisnya.

Pada 2010, beliau ditahan selama 18 hari dan disoal siasat di Pakistan sebelum dibebaskan dengan amaran agar berhenti menulis tentang orang hilang serta berhenti terbabit dalam bidang kewartawanan.

Syed Fawad kemudiannya datang ke Malaysia pada 2011 melalui Thailand dan diberi status pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.