nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ka Siong lepaskan jawatan dalam MCA Bahagian Johor

11 JUN: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melepaskan jawatannya dalam MCA Bahagian Johor Bahru, selepas berkhidmat lebih 30 tahun.

Presiden MCA itu membuat keputusan tersebut
bagi memberi laluan kepada generasi muda mengisi jawatan berkenaan seterusnya menjadi pemimpin parti.

Ka Siong sebelum ini, menjawat jawatan sebagai Setiausaha MCA Bahagian itu selama 15 tahun, sebelum menjadi Ketua MCA Bahagian juga selama 15 tahun.

“Hari ini secara rasminya saya melepaskan jawatan di peringkat bahagian, agak sedih juga kerana telah berada di bahagian ini sejak saya bujang dan kali terakhir saya berucap di sini.

“Saya bermula dengan biro aduan awam MCA Bahagian, di mana saya terlibat menguruskan mangsa-mangsa penipuan, mangsa ah long dan lain-lain kes, sehingga menjadi Ketua Bahagian.

Tetapi saya yakin dan percaya perlu adanya peralihan kepimpinan di peringkat bahagian, bagi meneruskan kesinambungan demi kesejahteraan masa depan parti,” katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi pemilihan jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru yang diadakan di Dewan Jubli Intan, di Johor Bahru hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, MCA Bahagian Johor Bahru juga telah terbukti melahirkan ramai pemimpin prolifik, bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga di dalam kabinet kerajaan seperti bekas Presiden MCA mendiang Tan Sri Lee San Choon dan bekas Pengerusi MCA Johor mendiang Datuk Freddie Long.

“Sehubungan itu, saya yakin MCA Bahagian Johor Bahru akan terus berjaya mencapai
lebih banyak kejayaan pada masa depan,” tambahnya.

Menerusi pemilihan pagi tadi, jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru kini disandang Bong Seng Heng yang juga bekas Ketua Pemuda Bahagian itu, yang meraih 152 undi berbanding pencabarnya, Ang Boon Heng dengan 45 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.