nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada bukti jenayah dalam kes Nazlan

19 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah berhubung siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian di Dewan Negara, hari ini.

“SPRM telah menyiasat secara menyeluruh perkara itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan.

“Perkara ini telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya.

Mohd Nazlan merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan membabitkan bekas presiden Umno Najib Razak yang berdepan pertuduhan jenayah membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mohd Nazlan yang kini berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan didakwa terbabit dalam konflik kepentingan semasa mendengar perbicaraan tersebut dan melanggar kod etika.

Pada 28 Julai 2020 Mohd Nazlan mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ia melibatkan dana SRC bernilai RM42 juta.

Dia kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas ahli parlimen Pekan itu.

Anwar berkata, Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah membuat keputusan mengenai isu konflik kepentingan yang dikaitkan dengan Nazlan semasa dia mengendalikan perbicaraan Najib.

Mahkamah tertinggi negara itu juga telah menolak permintaan Najib untuk mendapatkan kenyataan tambahan berhubung dakwaan tersebut.

Pada Ogos tahun lalu pula, kata Anwar, Najib turut menarik balik tuntutan yang dibuat pihaknya terhadap Nazlan.

Media pada 9 Ogos 2022 melaporkan penarikan balik tuntutan Najib itu dibuat melalui afidavit jawapan lanjutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

“Untuk rekod, saya secara mutlak menarik balik sebarang tafsiran mengenai apa yang saya telah katakan yang boleh dianggap bermaksud bahawa hakim Mohd Nazlan telah disiasat kerana kemungkinan rasuah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.