nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

22,000 pesara kerajaan dicatat jadi mangsa penipuan scammer

20 JUN: Seramai 22,000 pesara kerajaan dicatatkan menjadi mangsa penipuan scammer.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, menerusi rekod mangsa penipuan, jumlah kerugian terkumpul yang dicatatkan sebanyak RM850 juta.

“Ini boleh berlaku kerana biasanya golongan pesara ini memegang gratuiti dan gantian cuti rehat yang agak banyak dan kadangkala mudah terpukau dengan janji manis scammer hingga akhirnya menyebabkan diri sendiri kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemeteraian Pembaharuan Memorandum Persefahaman dan Pengenalan Sistem Integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Beliau berkata, setiap tahun seramai 30,000 sehingga 35,000 penjawat awam bersara, justeru kerajaan berharap KWAP meneruskan program khas bagi memberi kesedaran kepada golongan pesara memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan jenayah penipuan kewangan.

Kerjasama pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, daripada 1.6 juta penjawat awam seluruh negara, 55 peratus atau 880,000 sudah memiliki rumah manakala 720,000 masih belum memiliki kediaman.

Justeru katanya, LPPSA menggalas tanggungjawab menguruskan 750,000 pinjaman perumahan kakitangan awam termasuk pihak tentera, dengan nilai aset yang diuruskan berjumlah RM100 bilion.

Pada masa sama katanya, kerajaan membelanjakan RM30.2 bilion setiap tahun bagi membayar pencen 900,000 kakitangan awam termasuk tentera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.