nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Sudah sampai masa kuasa veto dihapuskan’

26 JUN: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan kuasa veto oleh Majlis Keselamatan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai masalah yang paling besar.

Tegas beliau, kuasa veto seringkali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.

Katanya, ia tidak demokratik dan melanggar prinsip hak asasi manusia, sekali gus menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tetap Majlis tersebut.

“Sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan. Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya.

“Perdagangan antara negara hampir bebas dilaksanakan. Aktiviti ekonomi antara negara kapitalis dan sosialis berjalan seolah-olah bebas tanpa sekatan. Jadi mengapa tidak, PBB dan seluruh anggotanya berusaha untuk menjadikan dunia sebagai satu keluarga besar yang sempurna. Menjadi Keluarga Dunia sejati. Menjadi Keluarga Dunia yang aman damai.

“Kini konflik berlaku antara Ukraine-Rusia telah melebihi setahun. Tidak nampak tanda-tanda akan berakhir. Ukraine mendapat dokongan NATO dan negara barat, manakala Rusia mendapat sokongan China. Banyak harta yang musnah, terutama Ukraine dan banyak nyawa yang terkorban di kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum di Universitas Pertahanan Republik Indonesia di Jawa Barat, Indonesia hari ini.

Ismail Sabri turut berkongsi cadangan agar Keluarga ASEAN dilahirkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN secara maya.

Menurutnya, dengan hubungan yang rapat itu sudah pasti dapat melahirkan manfaat untuk kebaikan bersama.

“Kemesraan itu boleh mengubah perbelanjaan negara yang tidak produktif kepada perkara sebaliknya. Sebagai contoh, hampir seluruh negara ASEAN membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar kepada bajet pertahanan. Sedangkan kita tahu, bahawa perbelanjaan untuk senjata bukanlah produktif. Jadi untuk apa perbelanjaan berbilion dolar ini?”.

“Sekiranya, kita negara-negara ASEAN dapat melahirkan kepercayaan sejati antara negara anggota, maka bajet tersebut tidak diperlukan. Mungkin ianya boleh digunakan untuk pelajaran percuma kepada para pelajar atau kesihatan percuma untuk rakyat.”

“Dari aspek ekonomi, negara-negara ASEAN adalah saling lengkap melengkapi umpama sebuah negara bukannya bersaing sesama sendiri. Umpamanya, rantau ini adalah pengeluar utama getah dan kelapa sawit utama dunia tetapi harga komoditi ini ditetapkan oleh orang lain, malah kita berhadapan dengan pelbagai sekatan dari negara- negara luar rantau.”

“Walapun kita ditekan oleh kuasa besar dan tidak mempunyai kuasa ketenteraan tetapi jika kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar ASEAN, orang luar akan menghormati kita. Ibarat sebatang lidah mudah dipatahkan, jika diikat segenggam sukar untuk dipatahkan.”

Sementara itu kata beliau lagi, keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global.

Oleh itu, setiap negara wajar melaksanakan pelbagai cara untuk mengekalkan keamanan negara dan antarabangsa.


“Dalam Bahasa yang mudah bahawa ‘keamanan sejagat’ yang dimaksudkan adalah keamanan yang diperolehi secara alamiah, di mana bukan terhasil dari perang.”

“Saya menolak konsep ‘keamanan sedunia’ yang menggunakan kekuatan senjata atau memenangi perangan untuk membentuk keamanan. Perang tidak dapat diselesaikan dengan perang untuk mencapai perdamaian.”

“Justeru, saya mengajak para hadirin berdoa sambil berusaha, agar seluruh kepimpinan dunia melalui PBB, berikhtiar mencari jalan supaya segala bentuk konflik atau peperangan dapat diatasi. Jangan kerana kapitalis senjata dan minyak ini memusnahkan penghidupan umat manusia di dunia ini.” ujar Ismail Sabri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.