nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Industri komunikasi terus bergerak ke arah 5.5G dan 6G

29 JUN: Di samping industri komunikasi
5G terus mewujudkan gelombang dengan lebih 1.2 bilion pengguna seluruh dunia, negara kini mulai beralih ke arah 5.5G dan 6G.

Menurut pemain industri, teknologi 5.5G dijangka meningkatkan keupayaan rangkaian sebanyak 10 kali ganda dan mewujudkan 100 kali lebih banyak peluang perniagaan untuk pengendali.

Pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) tahun ini, pemain komunikasi utama mempamerkan generasi teknologi akan datang.

Antaranya ialah Huawei, yang mempamerkan empat ciri utama 5.5G — pautan bawah 10 Gbit/s, pautan atas 1 Gbit/s, 100 bilion sambungan dan AI natif.

“Ia (5G) mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan, mewujudkan nilai ekonomi, perindustrian dan sosial yang amat besar,” kata Ketua Pegawai Kewangan dan Pengerusi Bergilir Huawei Sabrina Meng Wanzhou, sambil menambah 5.5G merupakan langkah ke hadapan seterusnya.

Syarikat yang berpangkalan di Shenzhen itu, yang mempamerkan produk dan teknologinya di bawah tema “GUIDE to the Intelligent World”, turut mengkaji lima bidang sambungan yang dijangka akan disepadukan dengan 5.5G — sambungan untuk manusia, benda, kenderaan, industri dan rumah.

Menurut pegawai syarikat, Huawei telah mula membantu beberapa pengendali di seluruh dunia untuk memulakan pengesahan komersial 5.5G.

Industri 5.5G dijangka berkembang dengan cepat berikutan pengeluaran pertama standard 5.5G dijangka dibekukan pada separuh pertama 2024 dan teknologi yang berkaitan telah pun disahkan secara meluas.

Kira-kira 300 peserta pameran global mengambil bahagian dalam MWC yang diadakan di Shanghai New International Expo Centre selama tiga hari dan dianjurkan oleh Global System for Mobile Communications Alliance (GSMA).

Menurut laporan media China, negara itu dijangka mencecah satu bilion pengguna 5G menjelang 2030 serta penyelidikan dan ujian sedang dijalankan untuk mempercepatkan teknologinya ke arah 5.5G dan 6G.

China kini mempunyai lebih 2.8 juta stesen pangkalan 5G setakat Mei lepas.

Pada pembukaan MWC pada Rabu, Zhao Zhiguo, Ketua Jurutera di Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China berkata negara itu akan terus menggalakkan penyelidikan dan pembangunan 6G serta meningkatkan penggunaan 5G di lebih banyak industri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.