nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN umum calon 21 Julai ini

12 JUL : Calon bagi Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan diumumkan beberapa hari lagi.

Sementara, Barisan Nasional (BN) pula akan mengumumkannya pada 21 Julai ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembahagian kerusi di antara parti sudah selesai, dan beberapa kerusi yang dibincangkan dengan lebih lanjut malam ini.

“Sudah dimuktamadkan di semua negeri. Ada satu dua saja (kerusi) di satu negeri yang kita akan bincang. Malam ini selesai.

“Dalam dua tiga hari ini, kita akan beri tarikh (bagi menamakan calon),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, malam tadi.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor; Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong; Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Perdana Menteri berkata, selain membincangkan gerak kerja dan strategi bagi menghadapi PRN, mesyuarat juga bersetuju supaya tema umum yang dipilih dalam PRN bagi Kerajaan Perpaduan ialah ‘Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran’.

“Tentunya negeri boleh memilih slogan baharu tambahan dan manifesto yang ditetapkan pimpinan negeri masing-masing.

“Kita berpuas hati dengan persiapan dan nampak semangat pendokong setia mendapat lonjakan.

“Saya percaya dengan laporan yang diberikan bukan saja akan mempertahankan kekuatan di tiga negeri tapi nampak keyakinan untuk menawan beberapa negeri lain,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan, Jelajah Perpaduan Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan akan diteruskan di negeri yang berdepan PRN, selepas dilaksanakan di Selangor sebelum ini.

Ini akan bermula dengan Kedah pada Sabtu ini, Pulau Pinang (Ahad ini), Kelantan (23 Julai), Negeri Sembilan (27 Julai) dan Terengganu (28 Julai).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan mengumumkan senarai calon bagi semua negeri pada 21 Julai ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.