nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Setiausaha Politik PM jawab tuduhan fitnah Chegubard, Wan Saiful, RJ

14 JUL : Satu laporan polis telah dibuat terhadap Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Wan Saiful Wan Jan (Wan Saiful) dan Raggie Jessy Rithaudeen (RJ) susulan kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri.

Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook berkata, kenyataan itu berhubung kediaman peribadi Perdana Menteri di Sg. Long serta beberapa kenderaan yang digunakan serta aset-aset lain.

Secara tegas, beliau berkata kesemua kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak berasas, berniat jahat, bermotifkan politik dan kesemua bukti-bukti yang kukuh dan konklusif serta menyeluruh telah dikemukakan kepada pihak polis sebentar tadi.

“Antara bukti-bukti yang diserahkan adalah Perjanjian Pajakan selama 10 tahun bagi rumah di Sg Long tersebut yang bermula dari Ogos 2020 sehingga Julai 2030; Salinan geran yang menunjukkan bahawa pajakan tersebut telah didaftarkan;

“Bukti-bukti pembayaran pajakan tersebut yang dibayar secara tahunan mulai tahun 2020 tanpa gagal, malah untuk pajakan pada tahun 2023, ianya dibayar seawal bulan November 2022 sebelum Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Untuk kenderaan Jaguar VCQ 8055 pula, jelas Ahmad Farhan lagi ia adalah kereta terpakai sumbangan seorang simpatisan reformasi kepada Yayasan Aman pada tahun 2020 dan usia kenderaan tersebut ketika itu adalah melebihi 10 tahun.

“Ianya digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau tidak menjawat apa-apa jawatan di dalam pentadbiran kerajaan. Walaupun didaftarkan di atas nama Yayasan Aman, kos penyelenggaraan kereta tersebut beserta insurans dan cukai jalan adalah ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan duit peribadi beliau dan tiada langsung dana dari Yayasan Aman digunakan untuk kenderaan tersebut;

“Untuk kenderaan BMW 7 Series BEM 1, ianya adalah pinjaman ihsan seorang ahli perniagaan bumiputra yang digunakan untuk kempen pilihanraya semata-mata dan kenderaan tersebut telah dipulangkan kepada ahli perniagaaan tersebut sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kereta rasmi kerajaan,” ujarnya.

Untuk aset-aset lain kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya lot tanah di Port Dickson, Ahmad Farhan berkata, rujukan boleh dibuat kepada Akuan Berkanun beliau bertarikh 9 November 2022.  

“Laporan tersebut dibuat tanpa ada apa-apa tekanan politik diberikan kepada pihak berkuasa di dalam menjalankan tugas mereka,” tegasnya.

Katanya lagi, semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan menghentikan budaya tohmah dan fitnah yang amat dilarang di dalam agama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.