nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MB tawar Lima Tekad pada rakyat Selangor

1 OGOS: Rakyat Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini ditawarkan Lima Tekad yang mempunyai 52 program untuk semua lapisan rakyat.

Tawaran tersebut adalah daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Selangor dimana perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, tawaran tersebut adalah untuk tempoh lima tahun akan datang bermula 13 Ogos ini, sekali gus menyifatkan ia bukan janji populis dan boleh dilaksanakan.

“Lima Tekad, 52 tawaran ini akan segera kita laksanakan dengan mandat rakyat Selangor dalam PRN pada 12 Ogos ini.

“Ini tekad kita untuk rakyat Selangor sepanjang lima tahun akan datang. Ini adalah janji dari semua calon PH-BN Selangor dan seluruh pasukan kita untuk membawa Selangor sebagai negeri stabil, maju, aman, harmoni dan menjadi juara di Malaysia serta Asia Tenggara,” katanya.

Lima Tekad, 52 tawaran itu ialah Tekad 1: Ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dengan tawaran;

Memfokuskan usaha pembangunan ekonomi kepada industri pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik dan automasi, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharu serta e-sports.

Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada orang muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan dan luar negara.

Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang agar Selangor menjadi destinasi utama pelaburan di Asia Tenggara.

Mewujudkan tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam dan sepanjang jajaran Sungai Klang diterajui oleh PKNS, MBI dan sektor swasta dilengkapi dengan perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.

Mewujudkan lebih Taman Pelaburan Mampan ke arah menjadikan Selangor negeri neutral-karbon dan meningkatkan komitmen kepada piawai ESG.

Melengkapkan keterhubungan 5G supaya Selangor menjadi negeri 5G tercekap di Asia Tenggara.

Mewujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam

Menghubungkan jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel.

Menawarkan latihan TVET bagi 10,000 orang muda Selangor dengan kerjasama bersama syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Siemens, Festo, dan Dassault Systemes.

Meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200 ribu peserta.

Menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea.

Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa, menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 orang muda Selangor, dan

Merangsang kemahiran kreatif generasi muda dan belia dengan mewujudkan Geran Digital Kita Selangor mensasarkan 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor dengan peruntukan RM5 juta.

Tekad 2: Agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor dengan tawaran;

Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama untuk menyempurnakan perjalanan ke Baitullah.

Mewujudkan Biasiswa Al-Ghazali bagi pelajar tahfiz dan sekolah pondok dan sekolah agama rakyat supaya dapat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

Memudah cara pendaftaran Sekolah-sekolah Menengah Agama Islam supaya menjadi lebih selamat dan kondusif untuk pelajar.

Mewujudkan peruntukan dan sumbangan khas Sekolah Agama dan KAFA supaya kualiti infrastruktur dapat dipertingkatkan.

Menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma di setiap PBT khusus untuk keluarga B40.

Mewujudkan sekretariat khas bagi menyelia dan membantu usahawan IKS bagi pendaftaran sijil Halal

Meningkatkan bayaran khairat kematian orang Islam kepada RM1,000.

Meluaskan kelas-kelas dan syarahan pengajian Kitab Turath di setiap daerah di Selangor

Meningkatkan Dana Guaman Syariah untuk membantu golongan Wanita yang memerlukan dengan dana tambahan RM3 juta.

Meningkatkan peruntukan bagi komuniti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao agar tahap infrastruktur rumah ibadat dapat dipertingkatkan.

Tekad 3: Perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisien dengan tawaran;

Mendigitalkan sepenuhnya perkhidmatan kerajaan untuk memudahkan urusan individu, syarikat dan agensi di Selangor.

Mewujudkan pentadbiran Greater Klang Valley yang melibatkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang sebagai model pentadbiran baharu yang mampan dan berteknologi tinggi.

Membantu setiap perniagaan di Selangor untuk beralih sepenuhnya kepada sistem digital.

Menghubungkan Pusat Kawalan Kerajaan Negeri dengan setiap PBT agar meningkatkan perkhidmatan dan lebih responsif.

Penubuhan OSC (One Stop Center) Khas di setiap PBT bagi menyelesaikan isu-isu kritikal berkaitan perkhidmatan PBT dalam tempoh 24 jam.

Tekad 4: Pembangunan mampan, selesa dan berdaya huni dengan tawaran;

Menawarkan Kediaman Kita Selangor berjumlah 200,000 unit lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta fasiliti selesa berharga RM250,000 ke bawah bagi warga Selangor serta pembiayaan kewangan dengan institusi perbankan.

Mengurangkan kesesakan trafik di Selangor terutamanya di jalan negeri dan PBT melalui koordinasi dengan agensi Persekutuan serta menggunakan sistem pengurusan trafik yang diamalkan di Korea Selatan, Singapura dan lain-lain.

Meluaskan penggunaan bas mini dan van melalui Selangor Mobility ke setiap daerah bagi mengurangkan kebergantungan kepada kereta.

Membina sebuah Pusat Rekreasi Kita Selangor di setiap kawasan DUN bagi tujuan riadah dan rekreasi.

Melengkapkan panel solar di setiap bangunan kerajaan negeri dan PBT dan memudahcara pemasangan solar di kawasan perumahan supaya menjimatkan dan mengurangkan kos tenaga.

Menawarkan sistem pengasingan sisa di kawasan perumahan dan meningkatkan sistem kitar semula.

Meningkatkan daya tahan taman awam sebagai dwi-fungsi supaya dapat mengurangkan kejadian banjir kilat.

Menggunakan teknologi automasi dalam sistem kutipan sisa di PBT.

Selangor pusat pembangunan bakat sukan utama di Malaysia dengan memperkasa Akademi Merah Kuning bagi melahirkan bakat terbaik bidang bola sepak. Aspirasi Kita Selangor dengan sasaran 3 serangkai iaitu pasukan Merah Kuning menjadi juara Piala Malaysia, SUKMA dan Liga Super menjelang tahun 2025 dan Piala Asia pada tahun 2027

Mengusahakan Liga e-Sports Kita Selangor, mengiktiraf pemain e-sports sebagai atlet sukan dan mengusahakan pengembangan industri e-sports sebagai peluang teknologi dan ekonomi baharu serta membina Pusat E-Sukan Kita Selangor di setiap daerah di Selangor.

Memperuntukkan RM100 juta untuk meningkatkan kualiti dan fasiliti jalan di kawasan luar bandar.

Mewujudkan 5,000 pusat pengecasan berkuasa tinggi untuk kenderaan elektrik di kawasan awam dan mengimplementasikan lorong hijau untuk menyelaraskan pemasangan stesen pengecasan di kawasan perumahan.

Mewujudkan Perumahan Penjawat Awam Kita Selangor khusus buat para penjawat awam Selangor dengan permulaan 10, 000 unit.

Tekad 5: Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat dengan tawaran;

Mengembangkan 46 program Iltizam Selangor Penyayang kepada sasaran 60 program dan meningkatkan usaha pemberdayaan rakyat.

Mendaftar dan melatih pengasuh kanak-kanak dan menyediakan fasiliti penjagaan kanak-kanak di pejabat Kerajaan Negeri serta PBT dan menawarkan insentif penyediaan fasiliti penjagaan di tempat kerja sektor swasta

Mewujudkan Insentif Wanita Kita Selangor dengan jumlah RM1,000 setahun kepada wanita bekerja bagi mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak.

Meluaskan Program Saring Selangor dan Program Kesihatan Mental secara percuma melalui aplikasi SeLANGKAH.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.