nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN: Calon, petugas pakai pelitup muka elak influenza

3 OGOS: Calon serta petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri digalakkan menggunakan pelitup muka ketika bertugas.

Ia sebagai langkah kawalan kendiri daripada gejala influenza.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, pemakaian pelitup muka semasa berkempen dapat mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan.

Antara gejala influenza adalah demam, sakit badan, kerap bersin, hidung berair, sakit tekak, batuk dan sakit kepala.

“Influenza adalah penyakit berjangkit. Bagi mereka yang ada gejala tidak kira calon atau petugas pilihan raya, kalau ada tanda kena cepat jumpa doktor dan laksana langkah kawalan kendiri.

“Contohnya, pakai pelitup muka semasa kempen luar kawasan dan sebagainya supaya tidak jangkiti orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan (MAPSU KKM), hari ini.

Kenyataan beliau itu adalah sebagai respon kepada laporan media berhubung kesesakan di hospital swasta seluruh negara berikutan peningkatan jumlah pesakit influenza.

Pada Isnin lalu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljit Singh berkata, keadaan kesesakan di hospital swasta seluruh negara semakin membimbangkan apabila kebanyakan pesakit adalah mereka yang dijangkiti influenza.

Semalam, Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan dijangkiti influenza dan diarahkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari.

“Kalau perlu berhenti seketika berkempen maka laksanakanlah. Kita memperkasa komuniti, ahli komuniti serta calon pilihan raya untuk bertanggungjawab kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.