nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘PN mula tagih simpati rakyat dengan isu Sanusi’

7 OGOS : Tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak hadir ke beberapa siri ceramah sejak akhir-akhir ini memberi gambaran yang beliau seolah-olah ‘play victim’, sekali gus cuba meraih simpati daripada orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, reaksi beberapa pimpinan Pas dalam kempen ceramah mereka sangat berbeza dengan watak Muhammad Sanusi yang garang dan ‘gung ho’ atau bersifat agresif.

“Nampaknya reaksi terakhir malam tadi itu adalah reaksi semacam mencipta simpati, ‘play victim’ bukan watak menteri besar yang selama ini garang dan ‘gung ho’.

“Isunya adalah tidak dapat hadir, tidak dapat muncul (kononnya) kerana ada maklumat tentang ancaman dan ini bukan kali pertama,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan walkabout bersama calon Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris, di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi dinasihatkan tidak hadir ke ceramah kempen pilihan raya negeri (PRN) bagi memastikan keselamatan beliau terjamin.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebelum mengakhiri Ceramah Mega Perikatan Nasional Kedah di Taman Ria, Sungai Petani, Ahad malam yang sepatutnya turut dihadiri Muhammad Sanusi.

Ahli Parlimen Alor Setar itu mendakwa, Muhammad Sanusi dinasihatkan tidak berada di pentas ceramah kerana ada ‘perangkap’ yang dipasang oleh musuh.


Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata keadaan itu menunjukkan Muhammad Sanusi kini seorang yang defensif.

Bagaimanapun beliau menasihatkan agar kepimpinan PN yang berasa keselamatan diri mereka terancam sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini membuat laporan polis bersama maklumat dan bukti yang lengkap.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.